Question: As salam & salam sejahtera doc,
anak saya berusia 2 tahun 5 bulan (jika dikira mengikut umur dilahirkan), dia dilahirkan pada usia kandungan saya 26 minggu seberat 1.1 kg. ketika dilahirkan doc menyatakan dia mempunyai masalah paru2 yang kronik dan telah memakai mesin bantuan pernafasan selama 3 bulan di HSB.
pada tahun tahun ini, anak saya telah diserang sawan tarik pada awal tahun ini (febuari) bagi yang pertama kali dan selang 2 minggu kemudian dia diserang sekali lagi..pada ketika itu mata hitam anak saya tidak kelihatan dan seluruh anggota badannya kejang..setelah diperiksa, doc menyatakan tonsil anak saya telah bengkak dan itu menyebabkan suhu badan yang amat tinggi dan terjadinya sawan tarik.
pada minggu lepas, anak saya sekali lagi diserang sawan, tetapi pada kali ini simptom dan keadaan sawan agak berbeza. sebelum diserang sawan, anak saya tidak menghadapi sebarang tanda demam, badan tidak panas, tidak batuk, cuma keadaan anak saya pada malam tersebut agak kurang selesa dan gelisah…tidur pn asyik terjaga dan sering menyatakan sakit di beberapa bahagian badan. kemudian pada awal paginya ketika dia sedang tidur tiba2 diserang sawan. kali ini mata hitam nya masih kelihatan, dan mulut anak saya mengeluarkan cecair. adakah simptom ini masih dikategorikan sebagai febrile fit atau mungkin terdapat istilah lain..kerana semasa sawan badan anak saya langsung tidak panas.
1. adakah disebabkan anak saya dilahirkan secara pramatang, chances untuk terkena sawan?
2. ada tak cara untuk mengenalpasti simptom sawan?
3. ada x ubat untuk menyembuhkan penyakit sawan ini?
Answer: Walaupun prematurity sering dikaitkan dengan kelewatan perkembangan akan tetapi anak puan lahir pada umur kandungan agak selamat dari sudut clinical (borderline prematurity) iaitu 34- 36 minggu kerana kebanyakan organ sudah menghampiri kematangan akan tetapi banyak faktor boleh menyumbang kepada kelembapan perkembangan anak. Kita perlu melihat dari sejarah kandungan itu sendiri, adakah ia merupakan kandungan yg berisiko terhadap bayi seperti darah tinggi (pregnancy induced hypertension) yg tidak terkawal, diabetes semasa mengandung (gestational diabetes mellitus) atau sebarang jangkitan semasa 9 bulan kandungan.
Sebarang masalah semasa mengandung boleh menyebabkan tumbesaran organ utama seperti otak terjejas. Kemudian kita juga perlu mengetahui proses kelahiran itu sendiri samada ia adalah proses yg normal atau sebaliknya kerana sebarang komplikasi semasa proses kelahiran boleh menyebabkan masalah terhadap perkembangan bayi. Sekiranya bayi yang lahir tanpa masalah yg berkaitan dengan kandungan atau kelahiran, faktor-faktor selepas kelahiran juga boleh menyumbang kepada kelewatan perkembangan seperti masalah kekurangan gula di otak (hypoglycemia) atau nutrisi-nutrisi yang selainnya.
Secara amnya perkembangan bayi di nilai dari 4 aspek iaitu gerakan otot kasar (gross motor), gerakan otot halus (fine motor),pertuturan dan interaksi sosial (penglihatan dan pendengaran). Semua kanak-kanak akan dinilai dari semua aspek yang telah di sebutkan untuk mendapatkan gambaran kemungkinan kelewatan perkembangan kanak-kanak ini, akan tetapi segala kemungkinan boleh berlaku untuk menyebabkan kelewatan perkembangan ini.
Di pihak kami sebagai pakar kanak-kanak semua kelewatan perkembangan merupakan masalah yang selalu terlepas pandang kerana ibu bapa agak kurang sabar untuk mendapatkan gambaran jelas masalah ini dan proses rawatan susulan yang amat panjang. Disarankan kepada Puan Azrina untuk membawa anak puan kepada pakar kanak-kanak untuk sejarah perubatan yang lebih mendalam di samping siasatan yang lebih lanjut bergantung kepada sejarah dan pemeriksaan fizikal, ini termasuk pemeriksaan darah dan juga MRI bahagian otak.
Sekiranya ada sawan, puncanya perlu dikenalpasti. Samada ada masalah pd otak atau tidak. Febrile fits ialah keadaan di mana demam yg naik tiba2 menyebabkan sawan tanpa ada masalah otak. Biasanya punca2 lain telah dipastikan tiada dahulu barulah boleh dikatakan ia demam sawan. Anak yg mengalami demam sawan juga aktif seperti biasa selepas sawan demam .