[Q&A] Weight gain problem

Question: hi doc,
anak saya premature (28 mgu), sekarang sudah setahun 9 bln, weight gain dia agak slow dan masih berada dlm paras kuning, sekarang beratnya 8 kg. Anak saya suka makan, malah dia gemar makan nasi, sayur dan juga buah. Vitamin dan lysine juga diberi. Minum susu sekurang2nya 4 kali sehari dlm 7 oz. Anak saya juga aktif dan gemar bermain dan berjalan. Yg merisaukan saya, jika keadaaan ini berterusan, adakah anak saya aan dikategorikan sbg malnourish dan akan memberi kesan yg tidak baik utk perkembangan dia?
Soalan kedua saya, kadang2 anak saya akan muntah (projectile) sedikit susu yg dah diminum (dlm 1-2 oz) wpon dia tidak mempunyai batuk. Kdg2 muntah selepas minum, kdg2 2-3 jam selepas minum. Keadaan ni tak selalu, tp agak merisaukan, adakah ini dikategorikan sbg GERD?

Answer: Memandangkan anak puan dilahirkan pramatang 28 minggu, umur sebenar anak Puan ialah 1 tahun 6 bulan ( corrected age : umur – ( 40-28minggu= 12 minggu /3bulan) Maka perkembangan , tumbesarannya perlu dibandingkan dengan corrected age (umur sebenar). Ini hanya dilakukan sebelum anak berumur 2 tahun kerana selepas itu kanak kanak sudah boleh çatch up’ dengan yang sebaya dengan mereka.Saya pasti anak Puan di bawah pemantauan Pakar Pediatrik. Semestinya anak tidak sama dengan kanak kanak sebayanya sekarang memandangkan dia pramatang.Anak anak ini biasanya lebih kecil.. Apa yang penting ialah membandingkannya dengan berat dan tingginya sebelum ini. Adakah mengikut carta tumbesarannya? Walaupun dia di garisan kuning , adakah dia mengikut garisan tersebut sekurang kurangnya. Ini tidak bermakna dia malnourish.Dari segi perkembangan , adakah dia sudah boleh berjalan , mengutip benda kecil, menconteng menggunakan pen , bercakap beberapa patah perkataan .? selalunya perkembangan baby pramatang akan diawasi oleh pakar pediatrik yang merawat setiap 3-4 bulan sekali.GORD biasa berlaku dalam kanak kanak pramatang mahupun matang pada 6 bulan pertama biasanya dan makin baik apabila semakin besar.Adakala GORD mengambil masa yang agak lama dalam sesetengah baby untuk pulih. Sekiranya ini baru sahaja berlaku, faktor faktor lain perlu diambil kira. Adakah dia sihat atau tidak? sekiranya ada demam dan nampak lemah perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Sekiranya sihat , makan dan minum banyak pada masa yang sama aktif , boleh menyebabkan muntah . Memandangkan saya tidak tahu sejarah kesihatan anak puan , sama ada pramatangnya ada komplikasi lain seperti pendarahan kepala atau air dalam otak, yang apabila tekanannya tinggi boleh menyebabkan projectile vomiting , saya sangat mencadangkan agar puan berbincang dengan pakar pediatrik yang merawat anak Puan . Sekiranya ada komplikasi tersebut , projectile vomiting perlu diambil serius dan perlu dirujuk terus di hospital. Harap ini membantu.


Posted

in

by

Tags: