Question: Salam Doctor.
Saya ada anak lelaki yang sudah berusia 2 tahun ++. Saya tak tahu sama ada ianya masalah atau tidak pada anak saya. Saya tak perasan sejak bile, mata sebelah kiri anak saya selalu berair. Adakah itu tanda untuk penyakit mata atau ada masalah lain?
Terima Kasih Docs.
Answer: Salur air mata tersumbat, atau jangkitan selaput mata (Blocked nasolacrimal duct or conjunctivitis)
Sekiranya salur air mata anak tersumbat, atau terdapat jangkitan kuman, mata anak biasanya berair sepanjang masa, dan bukan hanya apabila makan.
Alahan makanan (Food allergy)
Ada sesetengah kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap makanan tertentu, seperti bawang atau udang, dan mungkin mengalami mata berair, hidung berair atau ruam apabila makan makanan tersebut. Adakah masalah ini berlaku hanya apabila anak makan makanan tertentu sahaja? Jika ya, masalah boleh diatasi dengan mengelakkan makanan tersebut.
Bogorad’s syndrome (‘crocodile tears syndrome’)
Ada satu keadaan yang AMAT JARANG dilihat. Pada pendapat saya, masalah anak tidak disebabkan penyakit ini, dan saya hanya sebutkan di sini kerana ia agak menarik.Saraf muka (Facial nerve) mengawal kelenjar air liur, dan kelenjar air mata, melalui cabang-cabang berlainan. Kadangkala cabang Saraf Muka yang biasanya mengawal kelenjar air liur boleh tercedera dalam penyakit yang dipanggil Bell’s palsy. Apabila saraf tersebut tumbuh balik, saraf ini boleh menyambung kepada kelenjar air mata, dan bukan kelenjar air liur. Ini menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air mata, dan bukan air liur, apabila mengunyah makanan. Sekali lagi, saya menegaskan bahawa keadaan ini SANGAT JARANG (saya sendiri hanya pernah membaca tentang keadaan ini, dan tidak pernah melihat sendiri), dan kemungkinan besar anak puan TIDAK mengalami masalah ini.
Sekiranya anak sudah diperiksa doktor kanak-kanak dan didapati biasa, kemungkinan besar tiada masalah yang serius. Sekiranya masalah ini berlarutan dan puan risau, puan boleh membawa anak untuk pemeriksaan oleh doktor pakar mata.Kami mencadangkan agar anak puan di bawa ke doktor mata untuk mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. Harap ini membantu .