[Q&A] Anak saya kerap demam

Question: assalamualaikum.saya nak tanya pasal HB rendah pada anak saya.
baru2 ni anak saya kerap demam (anak berumur 9 bulan dan masih sepenuhnya menyusu badan) dan doktor syorkan buat ujian darah,bila check keputusan 9.5. doktor kata tekanan darah rendah kurang,sebab darah merah bagi bayi normal 12 keatas.
dan doktor kemudian minta buat ujian darah y detail iaitu check darah dibawah mikroskop.(bagi tujuan check samada ada thalasemia or something else)
1-saya nak tanya,,hb rendah ni bahaya tak?adakah sebab susu badan saya tak berkhasiat atau kurang zat2 tertentu y menyebabkan hb anak saya rendah?
2-Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB anak saya menurun?
3-cara nak cegah hb rendah?ada doktor mengesyorkan saya mengambil multivitamin untuk anak saya,boleh ke bayi 9 bulan mknnya dan multivitamin apa y disyorkan?
terima kasih doktor

Answer: ada pelbagai sebab sekiranya hb rendah. Ini boleh berpunca dari kekurangan zat, masalah darah keturunan, pendarahan, jangkitan kuman dan sebagainya. Keputusan darah yg dilihat melalui mikroskop dapat membantu. Bahaya atau tidak bergantung kepada puncanya. rawatan bergantung kepada punca kurang hb (anaemia). Multivitamin, folic acid dan zat besi membantu sekiranya berlaku kekurangan zat. Folic acid membantu pembentukan darah merah. Adakala transfusi darah, antibiotik diperlukan bergantung kepada kes.


Posted

in

by

Tags: