Question: salam doktor..saya ingin bertanya mengenai penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP).anak saya disahkan menghidapi penyakit tersebut setelah kebetulan kakaknya mengigit lengan dan pipinya pada akhir bulan 12 tahun lepas. tanda-tandanya adalah timbul bintik-bintik merah pd permukaan kulitnya. keputusan dari blood test,kandungan platelet darahnya 9 000. kemudian admit ward,dan diberikan ubat(yang dimasukkan melalui grip),selang seli dengan steroid jika ubat tersebut tidak dapat menaikkan kadar platelet dalam darah anak saya. alhamdulillah,pada bulan 4 lepas,platelet anak saya naik 255 000.sekarang anak saya sangat aktif,doktor.adakalanya terjatuh dan terhantuk. soalan saya di sini,adakah penyakit tersebut akan berulang atau macam mana,doktor?bebaru ini,banyak kali juga anak saya terhantuk,saya bawa ke klinik pakar kanak-kanak,tetapi doktor tersebut tidak mahu memeriksa blood test anak saya,kerana tiada sebarang tanda tidak aktif,muntah-muntah ataupun cirit-birit.saya agak bimbang doktor.adakah saya perlu membawa anak saya untuk check blood test setiap bulan?terima kasih,doktor
Answer: 255000 adalah normal. Tidak perlu membawa anak untuk blood test kerana secara asasnya ia bukan penyakit berulang. Namun ada segolongan kanak2 yg mendapat chronic ITP yang ambil masa setahun atau lebih untuk sembuh dan platelet rendah untuk jangka masa panjang.Terhantuk bukan la satu indikasi untuk mengambil darah kerana penyakit tersebut bukan dicetuskan oleh trauma.