[Q&A] Anak saya suka tidur dalam keadaan meniarap.

Question: Salam. Hi doc,
Saya ingin bertanya mengenai bayi yg gemar tidur dalam keadaan meniarap. Saya mempunyai bayi berusia 4 bulan. Sejak dia berkebolehan untuk meniarap,saya dapati dia gemar tidur dalam keadaan begitu. Setiap kali hendak tidur, dia akan pastikan dirinya dlm keadaan tiarap. Jika tidak, dia pasti akan meronta-ronta. Adakah ia tidak membahayakan bayi? Ini kerana ramai yg menegur mengatakan posisi tersebut bahaya kerana takut bayi sesak nafas dan tersembam mukanya. Tapi setakat ini, saya melihat bayi saya sgt selesa dgn keadaan tersebut. Adakah saya perlu mengajar dia kembali tidur terlentang? Terima kasih doktor.

Answer: Tidur meniarap tidak digalakkan kerana ada risiko SIDS (sudden infant death syndrome) atau kematian bayi secara mengejut. Adalah baik jika Puan menidurkan dia secara terlentang.


Posted

in

by

Tags: