Question: Hi doc..
anak saya newborn..baru masuk 40 hari.
saya bagi baby full bf baby dari hari ke-1 melahirkan..
masalahnya baby kerap sangat poo..
lebih 10x sehari..najis kaler kuning,cair..
selalu keluar dengan air kuning2 keemasan dan saya tgk ada buih2..
risau lah..baby cirit birit ke? ???
Baby sgt kuat menyusu, saya bagi dia direct feeding
masih aktif, tak kembung perut, cuma selalu kentut (yg mengeluarkan isi najis dlm kadar yang sikit)
maslahnya skrg montot baby dh merah2 melecet…
spanjang 40 hari (umor baby) ni dh 2 kali montot melecet
setiap kali cuci, saya tak lap guna baby wipes, just sembur air & tekap guna tisu shja
saya juga kerap menukar lampin baby
saya tak makan apa2 jamu atau ubat2an
mcm mana nak atasi prob montot melecet tu??
adakah normal baby membuang sekerap tu??
terima kasih
Answer: baby yang menyusu badan memang kerap buang air besar. Ada kalanya setiap kali lepas menyusu. Sekiranya berat badan naik dgn baik, dan tiada langsung masalah lain, tiada yg perlu dirisaukan. Namun jika ada kerisauan lain, bawalah berjumpa doktor. Puan boleh menggunakan zinc oxide untuk menyembuhkan lecet tersebut.