Question: Anak saya 1 bulan 25 hari sewaktu soalan ini ditanya, anak saya mempunyai masalah mengeluarkan bunyi seperti ‘grok2′ sewaktu tidak tidur, dan sewaktur tidur akan berbunyi seperti wisel, tetapi sewaktu tidur nyenyak xde pulak bunyi, saya perasan bunyi tu ada masa dia dh lama tidur dan nak sedar. Saya ada pergi jumpa doktor pakar kanak2 disungai petani baru2 ni, tp doktor cakap paru2 anak saya ok. Saya risau kot2 ada masalah paru2 ataupun mungkin salur pernafasan kecik ke atau lendir tidak habis dikelurkan masa lahir? bunyi ni ada kira2 seminggu selepas anak say lahir. Anak saya tidak mengelami batuk2. Apa yang harus saya buat sekarang dan mohon penjelasan dari doktor.
Answer: Dimaklumkan yang anak Puan akan mengalami selesema yang berpanjangan dan makin teruk selepas meminum air sejuk. Penyakit allergic rhinitis ini adalah disebabkan kerana keradangan yang berlaku di dalam hidung dan menyebabkan pengeluaran histamine yang akan menyebabkan hidung tersumbat dengan lendiran yang banyak yang dikeluarkan. Penyakit ini berlaku kerana pesakit adalah alah kepada sesuatu yang juga kita namakan sebagai ‘allergent‘. Antara allergen yang telah diketahui boleh menyebabkan penyakit AR ini adalah sengkenit (house dust mite), bulu binatang peliharaan, debunga dan hama. Pesakit AR akan menunjukkan beberapa tanda sepeti kerap selesema, hidung tersumbat,kerap bersin dan kegatalan di hidung/tekak/mata/telinga.
Bagi rawatan penyakit AR ini, ada beberapa tahap atau peringkat. Pertama; jika allergen diketahui, Puan mestilah memastikan anak puan tidak terdedah dengan allergent tersebut. Puan sebenarnya boleh mengenal pasti allergen yang bertanggungjawap menyebabkan penyakit AR dengan menjalani ujian ‘skin prick test‘ dimana anak puan akan diuji dengan contoh-contoh allergen yang biasa menyebabkan penyakit AR itu.
Kedua, penggunaan ubat antihistamine yang dapat membantu untuk mengurangkan selsema itu. Walaubagaimanapun, anak Puan berumur kurang dari 2 tahun dan penggunaan ubat anti-histamin adalah boleh membahayakan kesihatan pesakit. Selain dari antihistamine, anak puan juga boleh mengambil ubat “intranasal steroid” yang dapat mengurangkan keradangan didalam hidung dan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat steroid yang berpanjangan adalah tidak digalakan kerana mempunya kesan sampingan yang manaboleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, selesema yang teruk (rebound) dan jika terlalu lama boleh menyebabkan tumbesaran terencat dan penggunaan ubat adalah untuk budak yang berumur 2 tahun atau 6 tahun keatas sahaja. Atas sebab faktor umur, penyakit anak Puan boleh dirawat dengan cara yang pertama dimana Puan dapat melakukan beberapa perkara seperti menukar dan membasuh selimut dan cadar bilik anak dengan lebih kerap atapun jika punyai lebih wang boleh membeli cadar/selimut “anti-house dust mite”.
Laryngomalacia adalah penyakit dimana saluran pernafasan di atas peti suara kekurangan tisu-tisu rawan dalam saluran pernafasan. Disebabkan kekurangan tisu rawan ini, saluran pernafasan ini menjadi lebih lembut dan akan membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit dan akan mengeluarkan bunyi seperti orang berdengkur ketika pesakit itu tidur. Penyakit ini biasanya menjadi lebih ketara ketika bayi berumur 6-8 bulan dan akan sembuh sepenuhnya apabila pesakit menjangkau umur 2 tahun.