Question: Dr…my son 2 ys old dah demam selama 6 hari .ubat dah bg tp still demam.suhu demam hari ni 39.3.dah pergi hospital utk amik darah dan xray .result xray paru2 dijangkiti kuman dan darah putih tinggi.doc suggest untk admit.tp doc masih bg pilihan sama ada nk admit atau jaga sendiri dulu.my husbd pilih utk jaga sendiri dulu then kalo teruk juga atau x de perubahan kena dtg ke emergency.so sy nk mtk advice dr doc apa yg perlu sy buat kpd ank sy selain bg ubat dan bykkan minum air.my son mmg x nak mkn n minum tp sy paksa juga minum guna shringe.please help me doc
Answer: Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa menjaga kanak-kanak yang yang sakit kerana jangkitan paru-paru. Pemantauan sangat penting sekiranya pemeriksaan dilakukan di rumah .
1) pernafasan – sekiranya ada kesukaran bernafas, nafas laju , tulang rusuk yang kelihatan mendalam masa bernafas-
2) Demam yang masih tinggi walaupun mengambil ubat demam dan antibiotik
3) Kurang makan atau minum menyebabkan anak kelihatan kering, kurang kencing kerana berlaku dehidrasi
4) tidak bermaya
Sekiranya ada tanda-tanda di atas, walaupun salah satu daripadanya , saya sarankan puan membawa anak ke hospital kerana di rumah selain memberi minum banyak air, makan ubat dan memantau dengan teliti tiada perkara lain yang boleh dibuat.