[Q&A] Masalah serangan sawan

Question: Mohon doktor menulis entry berkaitan dengan sawan (epilepsi).. Saya ingin mengetahui sama ada ia ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak saudara saya pada khamis (25 julai) jam 3 ptg yang lalu..
Anak saudara saya ini lelaki dan berusia 3 bulan. Dia terjaga dari tidur secara tiba-tiba, menangis kuat dimana ini tidak pernah berlaku, tangannya seolah-olah mendepa ke depan, diikuti dengan muntah yang banyak serta membuang air besar.
Setelah dimaklumkan oleh pengasuh, kakak saya segera mengambilnya dan membawanya ke hospital. Ketika itu dia kelihatan lemah dan tidak aktif tetapi masih mahu menyusu.
Doktor yang merawat meminta kami memantaunya di rumah selama 24 jam. Menurut doktor itu lagi, ini mungkin serangan sawan yang disebabkan oleh faktor keturunan atau dia telah terjatuh. Namun, tiada pula kesan lebam atau merah di mana-mana bahagian kepala dan badannya. Suhu badan juga normal.
Malam itu sekali lagi dia muntah pada jam 10pm. Esoknya ada sedikit demam. Kini hampir 48 jam, tiada lagi muntah yang banyak, demam telah tiada dan dia kembali aktif seperti biasa. Cuma saya masih tertanya-tanya, apakah yang berlaku kepadanya kelmarin itu adalah sawan dan apakah situasi ini akan berulang.
Mohon doktor dapat memberi pencerahan. Terima Kasih.

Answer: sekiranya seseorang bayi 3 bulan demam dan sawan, saya akan memasukkannya ke dalam wad kerana salah satu dari diagnosa yang merisaukan adalah jangkitan kuman dan dia perlu diberi antibiotik dan dipantau. Walaupun ada kemungkinan sawannya disebabkan oleh punca lain , sawan dalam budak 3 bulan perlu diambil serius. Apatah lagi sawan itu juga datang bersama demam.
Epilepsy adalah penyakit kronik di mana seseorang itu cenderung untuk mendapat sawan dan bukannya setiap sawan itu adalah eilepsi. Semestinya, anak saudara Dee tidak akan diberi diagnosa itu memandangkan dia demam dan ini kali pertama mendapatnya. Saya menggesa anak saudara dibawa berjumpa dengan pakar pediatrik untuk dinilai dan diperiksa semula.


Posted

in

by

Tags: