[Q&A] Kenapa anak saya selalu jatuhdari katil?

Question: Hi n salam…. Bayi saya berumur 11 bulan. Masalah saya ialah bayi saya selaly jatuh dari katil. Walaupun saya sering memerhatikan bayi saya, tetapi kejadian ini x dapat dielakkan. Saya dapati dia tiada masalah selepas jatuh. Adakah saya perlu membuat scan kepala bayi saya walaupun dia tidak muntah selepas jatuh? Adakah akan adakesan sampingan dlm jangka masa panjang?

Answer: Safarrina, sesuatu perlu dilakukan agar kejadian ini tidak berlaku lagi dan ianya tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan mudarat. Kanak kanak pada umur tersebut perlu tidur di dalam katil bayi berpagar. Sekiranya tiada , maka lebih baik diletakkan pada tilam sahaja. Akan ada kesan jangka masa panjang sekiranya pendarahan berlaku dalam kepala akibat jatuh katil. Jika tiada maka tiada kesan masa panjang.


Posted

in

by

Tags: