Question: Salam Doc, anak perempuan saya berusia 18 bulan, saya dapati dia ada uban masa bayi lagi, setakat ni hanya ada 5-6 helai,
kemusyikilan saya, 1. kenapa ada uban masih bayi?
2. adakah ia akan kekal atau ia akan bertambah? bagaimana utk mengatasinya?
Answer: keadaan ini agak jarang, tetapi ‘you are not alone’.
Beberapa kemungkinan untuk kes macam ini. Jika sedikit sahaja, ia biasanya tiada apa-apa tetapi kurang pasti sama akan kekal.
Uban atau rambut putih/kelabu ia juga berkaitan dengan penyakit yang biasanya daripada keturunan – waardenburg, tuberous sclerosis, neurofibromatosis, maka perlu dikaji sejarah penyakit dalam keluarga. Lagi satu kemungkinan ialah kekurangan zat vitamin.
Saya rasa 5-6 helai bermaksud tidak banyak maka kemungkinan tidak besar ada penyakit. Kesihatan anak secara umum/menyeluruh, kesihatan kulitnya, dan perkembangan fizikal dan minda dia perlu diambil kira. Sekiranya ada kekurangan, saya nasihatkan jumpa doktor untuk pemeriksaan untuk kepastian.