Question: salam doktor..pemasalahan anak perempuan saya yg berumur 3 thun 5 bulan sejak januari 2013 sampai lah sekarang batuk dia tak sembuh2.byk dah ubat yang doktor beri semua tidak memberi kesan.contohnya antibiotik agumentin, ubt seperti ventolin, piriton.antibiotik yang berdrip pun sdh..sya tak tahu apa nak buat lagi. dia memang chubby lah 22kg.harap doktor dapat menjelaskan kenapa batuk tu tak sembuh2.
Answer: Batuk adalah antara aduan yang paling kerap disuarakan oleh ibubapa apabila anak mereka mengalami simptom ini. Sebelum saya menjawab soalan puan khususnya saya akan menerangkan sedikit mengenai batuk.
Batuk adalah sebenarnya satu tindak balas yang terhasil apabila ada bendasing yang cuba memasuki saluran pernafasan kita sama ada kahak atau makanan. Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru kita dicemari dengan bendasing atau mengakibatkan saluran pernafasan kita tersumbat yang boleh membawa kepada masalah pernafasan atau jangkitan.
Jadi batuk tidak semestinya benda yang tidak elok dan perlu dirawat. Tanpa batuk, kemungkinan jangkitan paru-paru akan menjadi lebih berleluasa.
Jadi untuk menjawab persoalan puan mengenai batuk anak yang kerap pada waktu malam dan kurang pada masa siang berkemungkinan ada 2 sebab.
Satunya adalah disebabkan oleh ‘asthma’ yang disebabkan oleh perubahan suhu dari siang ke malam (menjadi lebih sejuk) dan perubahan ini menyebabkan serangan ‘asthma’ yang dizahirkan dalam bentuk batuk. Apabila serangan ‘asthma’ berlaku, otot-otot saluran pernafasan akan mengembang dan radang terhadap saluran tersebut juga akan terjadi dan ini akan menghasilkan kahak dan kesannya kepada pesakit adalah kesesakan nafas dan batuk. Tahap serangan berbeza-beza dari tidak serius ke sangat serius.
Oleh itu untuk rawatan serangan ‘asthma’ ini jika serius dan teruk di mana pesakit menjadi sesak nafas, bernafas laju sehingga nampak letih maka pesakit tersebut perlu di bawa segera untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan segera yang antaranya adalah ‘nebulisation’ ataupun dipanggil rawatan ‘gas’.
Jika pesakit tersebut hanya batuk-batuk tetapi masih boleh tidur dan selesa, pesakit tersebut masih perlu mendapatkan rawatan tetapi tidaklah perlu segera dan rawatannya boleh diberi di rumah dalam bentuk ‘inhaler’. Bagaimanapun pesakit masih perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakitnya, mendapatkan ubat ‘inhaler’ tersebut dan untuk diberi tunjuk ajar cara penggunaan ‘inhaler’.
Sebab kedua batuk pada waktu malam adalah ‘post-nasal drip’. Ini berlaku apabila anak mengalami jangkitan selsema, maka terhasil hingus di dalam rongga hidung.
Pada waktu malam semasa tidur anak akan berada di dalam keadaan terlentang dan disebabkan graviti hingus tersebut akan mengalir ke belakang kerongkong dan akan cuba untuk memasuk saluran pernafasan dan ini akan mengakibatkan refleks batuk seperti yang telah saya terangkan pada perenggan pertama tadi.
Untuk merawat masalah ini ada beberapa jenis ubat yang boleh diberi yang boleh sama ada mengeringkan hingus tersebut atau membersihkan rongga hidung dari hingus. Tetapi ubat-ubat ini sama sekali tidak akan merawat jangkitan selsema tersebut, ia hanya melegakan masalah hidung tersumbat dan batuk. Jangkitan virus selsema biasanya akan hilang sendiri selepas 3-5 hari tetapi kesan jangkitan selsema boleh berlarutan sehingga 1-2 minggu.
Comments
4 responses to “[Q&A] Masalah batuk”
hi doktor2…
sy ada anak berumur 2thn 5bln… dia seorg yg sgt active wlupun dlm keadaan die dmm. mslh yg anak sy alami skarang ialah die mengalami batuk.xsembuh2 sudah lbh kurg sebulan. kdg2 smpi muntah.ade ms ble telalu bnyk batuk bdn die akan kembali pns.sy sudah ke klinik n doktor mengatakan tiada mslh dgn paru2nye tp sy msih lg rsau sbb agak sudah telalu lm batuknye xbaik2…tlg sy doktor
Hi Doc, my little girl is 15 months and has been having cough & phlegm for almost 2 months. She started off with fever, flu, cough & phlegm but till today the cough & phlegm never left. She has seen 3 docs. They all said it’s not chesty, not so serious and gave medicine. A doc said it could be allergy, haze or asthma. So far no changes with medication. What should we do? Very worried & please help.
Hi Pam , It would be very difficult for me to suggest otherwise than the other 3 doctors when i have not seen your child. However , if your child still coughs, it is certainly something to be worried of. It is very important though that the doctors get more history to get to the diagnosis even though the the lungs on examination were normal. And that includes on whether the cough is worse at night or with cold weather , dust,any wheezing heard , any history of taking nebuliser, any history of allergy in the family , asthma , allergic rhinitis , skin allergy like eczema. Some children would benefit from a medication called Singulair if she has hyperactive airways which I am not in the position to recommend without a thorough examination and history. There’s an article on ‘batuk malam’ written by Dr Faisal which you could type at the search button and see if it fits your child symptoms.
Do see a paediatrician to discuss the above.
Let us know how that goes.
Hi Doc,
Thanks for your advise. I took her to see the paediatrician. According to the doc it’s definitely a form of allergy either due to dust, change of weather or haze (bcz I live quite high in an apartment). It seems her nose is inflamed inside & throat slightly red. The doc prescribed Singulair as you mentioned. It’s for a 2 week period and pray the cough goes away. If not I’m advised to go back for nebulizer treatment if needed. Really hoping my lil girl recovers soon with this Singulair. Meantime, is there anything I can do or avoid to help the recovery?
Thanks once again for your help. 🙂