[Q&A] Adakah penggunaan buaian untuk bayi 3 bulan?

Question: Hi Doc,
Bayi saya berumur 3 bulan dan sering meragam ketika berada di rumah baby sitter. Baby sitter meminta izin untuk menidurkan bayi saya dalam buaian dengan alasan bayi saya kurang lena tido di waktu siang dan selalunya tidur selepas mandi pagi 2-3 jam. Selepas itu meragam dan mahu didukung sahaja hingga selepas mandi petang bayi saya akan tidur sehingga saya pulang dari kerja. Bayi saya ditidurkan dalam baby cot. Saya pernah terbaca artikel buaian boleh membahayakan bayi tetapi dalam masa yang sama nasihat rakan sekerja, dengan buaian bayi dapat tidur lebih lena. Adakah penggunaan buaian untuk bayi 3 bulan berbahaya? Dan adakah normal waktu tidur bayi saya itu? mohon penjelasan doc.

Answer: Penggunaan buaian tidak digalakkan sama sekali apatah lagi dalam bayi 3 bulan. Ini kerana risiko bayi jatuh dan dihayunkan dengan kuat. Ini boleh berlaku apabila tali buaian terputus. Byk kes dimasukkan ke hosp kerana berlaku pendarahan otak. Adakala bayi lemas kerana terpusing dan tertutup muka dlm buaian .
Puan perlu melihat faktor2 lain mengapa dia tidak tidur. Mungkin lapar dan adakalanya ingin bermain. Sekiranya sihat, berat badan bertambah tiada yg perlu dirisaukan. Adakala dibiasakan dgn buaian menyebabkan dia nk didodoikan. Maka perlu berhenti penggunaan buaian. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa tetapi lama2 bayi akan biasa tanpa buaian.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Adakah penggunaan buaian untuk bayi 3 bulan?”

  1. syafiq Avatar
    syafiq

    saya setuju dgn jawapan doktor mengenai buaian.
    tetqpi ada yang mengatakan penggunaan buaian memberi kesan tak sihat pada struktur tulang bayi.adakah itu benar?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Syafiq, ya ia boleh memberikan kesan kepada struktur tulang kerana tulang belakang bayi berbentuk ” C curve’ dan akan mengalami proses pertumbuhan apabila mereka membesar. Jadi satu tahun yang pertama terutamanya sangat penting . Penggunaan buaian menyebabkan bayi melentok dengan tidak betul terutamanya jika kain yang yang dipasang pada buaian menyebabkan bahagian bawah badan melentok ke bawah lebih dari bahagian kepala.