[Q&A] Anak saya buang air besar seminggu sekali shj

Question: Haii Doktor….Saya nak tanye la…anak saya baru berusia 2 bulan setengah…fully breastfeed…tapi satu masalahnyer anak saye ni buang air besar seminggu sekali jer..adakah itu normal?perut die ok tak keras walaupun tak berak selama seminggu…and bile die buang air besar pun..najis die ok lembut jer…tp saya risau sebab selalunyer baby akan berak tiap2 hari kan doktor…harap doktor dapat bantu..terima kasih.

Answer: Hanie, ada segolongan bayi apabila menjangkau umur 2 bulan , pengeluaran najisnya menjadi kurang kerap. Sekiranya baby susu badan, buang air dlm masa 24 jam selepas kelahirannya dulu, buang air besar setiap hari pada bulan pertama, membesar dgn baik, dan yg penting najisnya lembut , tidak muntah hijau dan perut tak membesar, maka ini normal. Selalunya baby akan kembali buang air besar sekali sehari apabila mula makan masa 6 bulan.


Posted

in

by

Tags: