[Q&A] Masalah sembelit

Question: salam..doc, saya dah baca berkenaan sembelit dlm previous post.masalah anak saya pun sama. dia selalu sgt sembelit sampaikan saya dah tak tahu nak buat macamane. dah byk cara saya lakukan seperti bg minum jus buah prune, control his diet, tukar susu & lactulose. tp still tak membantu. biasanye dia akan rasa nak meneran, tp xkluar jgk.kesian sgt bila dia menangis masa nk meneran tu. klu mkn lactulose tu ok la sikit, tp still poo-poo dia x cair. cuma bila dia teran tu keluar la.
soalan sy, apa lg kaedah yg perlu sy buat utk hilangkan sembelit anak sy? doc, blh x doc email bgtau what brand for the best prebiotic. tq.sori, fyi my son is already 1 year old.

Answer: Puan, saya sarankan puan untuk membawa anak berjumpa dengan pakar kanak kanak kerana ada pelbagai punca sembelit. Spt, puan noor tadi anaknya telah melakukan pemeriksaan maka mudah untuk sy sarankan tindakan selanjutnya. Sekiranya puncanya adalah functional, maka perlu diketahui terlebih dahulu samada ada najis yg berkumpul dlm ususnya. Itu perlu dibuang dahulu dan seterusnya maintain dgn lactulose 2 kali sehari bukan sekali sekala. Ini diteruskann untuk 6 minggu. Adakala, pakar akan menggunakan ubat bisacodyl. Perkara2 lain yg sy terangkan dlm post tersebut perlu dibuat juga. Probiotik dan prebiotik, keberkesanannya dlm membantu sembelit dalam kanak kanak masih dlm kajian malah ada juga diragui. Saya tidak dapat mengesyorkan mana2 brand kerana tiafa bukti mereka berkesan. Oleh itu, puan mungkin boleh pergi ke farmasi dn bertanya kepada ahli farmasi untuk mengesyorkan ‘ multi-strain probiotics’.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Masalah sembelit”

  1. norfa Avatar
    norfa

    salam doc. anak sy juga mengalami sembelit. sampai berguling-guling teran.sian dia doc.umur dia setahun 2 bulan. kalo die berak keras ada kesan darah doc. sedih sy doc.apa patut sy buat?