Question: Salam doc. Anak saya diarrhea dan deman panas tiba2. Saya sudah tuam anak dgn air dan selalu mandikan dia. Demamnya sentiasa on off. Saya juga telah pergi ke klinik mendapatkan rawatan doc. Masalahnya sekarang, anak saya masih diarrhea walau sudah kurang suhu badan. Dan anak saya masih tidak berselera makan atau minum even air garam oral pun dia taknak minum. Doc juga menasihatkan saya jika berterusan saya perlu segera membawa anak ke hospital. Apa yg merisaukan saya adalah ditakuti anak saya dehidrasi. Bagaimana cara paling cepat dan berkesan dan mudah untuk saya merawat anak yang dehidrasi?
Answer: Puan Imeza, Puan harus membawa anak untuk pemeriksaan lanjut . Ini kerana dia perlu diperiksa samada tahap dehidrasinya merbahaya ataupun tidak. Sekiranya perlu , doktor akan memasukkan cecair melalui salur darah kerana ini adalah cara yang palinng cepat . Sesetengan pesakit boleh dirawat di rumah sekiranya muntah dan cirit biritnya tidak beberapa teruk dan kanak2 tersebut boleh minum air dan ORS seperti yang disyorkan serta masih aktif. Sekiranya dia tidak boleh minum dan cirit birt masih berterusan, ini akan menyebabkan kehilangan air dan garam mineral dalam darah dan seterusnya menyebabkan komplikasi yang merbahaya.
Kami tidak membantu lebih dari ini memandangkan kami tidak dapat mengagak tahap dehidrasi anak puan tanpa pemeriksaan yang menyeluruh .
Puan juga boleh merujuk kepada artikel cirit birt dan muntah oleh Dr Mohd Zaqrul. Tapi saya harap puan membawa anak secepat mungkin berjumpa doktor, Harap ini membantu.