Q: Doktor, mohon penerangan tentang maksud sebenar lewat perkembangan? Bilakah yang dikatakan seseorang bayi itu lewat perkembangannya? Anak saya berusia 1 tahun 4 bulan dan masih belum berjalan. Kalau dibandingkan dengan sepupu-sepupunya, mereka berjalan pada usia 10-11 bulan. Kawan-kawan ofis saya pula, katanya anak-anak mereka berjalan dalam usia setahun kebanyakannya. Anak saya aktif dan sihat, sudah pandai bercakap beberapa perkataan, perlukah saya risau? Ada yang mencadangkan agar saya membawa anak saya berurut tapi saya belum berkesempatan.
A: Terima kasih atas soalan anda. Perkembangan adalah satu proses di mana seseorang bayi atau kanak-kanak mula berinteraksi, belajar dan berkembang menjadi seorang dewasa. Kanak-kanak ini mempelajari skil-skil yang sofistikated untuk berkembang menjadi dewasa yang serba berkebolehan (skil yang dimaksudkan seperti berjalan, bertutur, bermain, berfikir dan berkomunikasi)
Maksud sebenar lewat perkembangan adalah kelewatan perkembangan seseorang kanak-kanak jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain dalam lingkungan umur yang sama dari segi pelbagai aspek. Aspek-aspek yang dimaksudkan di sini adalah:
- Perkembangan pergerakan kasar kanak-kanak (seperti berjalan, berlari, dan sebagainya)
- Perkembangan pergerakan halus kanak-kanak (seperti cara penggunaan tangan dan pemegangan objek)
- Perkembangan bahasa dan pertuturan (cara seseorang kanak-kanak bertutur, berkomunikasi, memahami dan menggunakan bahasa)
- Perkembangan kognitif dan intelek (cara seseorang kanak-kanak memahami sesuatu, berfikir, dan belajar)
- Perkembangan sosial dan emosi (cara seseorang kanak-kanak berinteraksi dengan yang lain serta mula berdikari)
Kelewatan perkembangan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Kelewatan yang bersifat sementara biasanya berlaku dengan kanak-kanak yang lahir pramatang, atau diakibatkan oleh masalah kesihatan atau kemasukan ke hospital untuk jangka masa yang lama, kekurangan peluang untuk kanak-kanak tersebut untuk belajar skil baru dan stres dalam keluarga. Kelewatan sebegini biasanya bersifat sementara dan akhirnya akan mencapai perkembangan optimum mereka.
Kelewatan perkembangan yang bersifat kekal biasanya akan menunjukkan masalah dalam satu atau lebih dalam aspek-aspek seperti pemahaman dan pembelajaran, pergerakan, komunikasi, pendengaran dan penglihatan. Secara amnya, kanak-kanak ini akan memerlukan penilaian oleh seorang doktor untuk menentukan aspek-aspek yang terlibat dalam perkembangan kanak-kanak tersebut. Di antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kelewatan perkembangan yang kekal adalah cerebral palsy, masalah berkaitan otot, autisma, masalah berkaitan dengan bahasa, emosi, penglihatan dan pendengaran.
Perkembangan bagi seseorang kanak-kanak biasanya dilihat menerusi suatu julat perkembangan. Kita tahu bahawa setiap kanak-kanak mempunyai takat perkembangan yang berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Hanya sekiranya kanak-kanak tersebut telah melangkaui takat julat perkembangan bagi umur tersebut, kita mengatakan kanak-kanak itu lewat dalam perkembangannya.
Antara tanda-tanda bahaya yang perlu dilihat dari satu umur ke umur yang lain adalah seperti berikut:
Umur | Tanda –tanda bahaya |
2 bulan
|
|
4 bulan
|
|
6 bulan
|
|
9 bulan |
|
1 tahun |
|
1 tahun 6 bulan |
|
2 tahun |
|
3 tahun |
|
4 tahun |
|
5 tahun |
|
Yang perlu ditegaskan di sini adalah perkembangan kanak-kanak berbeza dari seorang ke seorang yang lain tetapi sekiranya tanda –tanda bahaya seperti yang dinyatakan di atas berlaku kepada anak anda, sila bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak di hospital yang berdekatan untuk membuat penilaian yang lebih terperinci. Doktor tersebut akan melihat perkembangan anak anda dari kelahiran sehingga kini, melakukan pemeriksaan terperinci dari segi perkembangan, serta sistem saraf dan sistem yang berkaitan dan akan memulakan terapi yang bersesuaian dengan penemuan mereka.
Antara terapi yang mungkin disarankan adalah:
- Program intervensi awal – merangkumi pemulihan dalam perkembagan kanak-kanak yang memerlukan penumpuan dalam aspek pergerakan, pertuturan, penulisan serta sensori kanak-kanak
- Fisioterapi – untuk proses menguatkan otot-otot yang mungkin lebih lemah, dan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan otot tersebut
- Pemulihan cara kerja – untuk proses adaptasi penggunaan peralatan untuk membantu kanak-kanak tersebut melakukan aktiviti harian
- Audiologi dan pendengaran – untuk pemeriksaan pendengaran sekiranya kanak-kanak tersebut mengalamai masalah pertuturan yang mungkin disebabkan oleh masalah pendengaran
- Pakar pertuturan dan bahasa – membantu dalam memberikan cara-cara untuk membantu pertuturan kanak-kanak itu yang mungkin lambat dengan pelbagai intervensi dan aktiviti
Apabila dilihat dari apa yang diberitahu oleh puan, anak puan mempunyai risiko untuk lewat perkembangan kerana masih belum berjalan dalam umur 1 tahun 4 bulan. Sekiranya anak puan sempat berjalan dalam masa 2 bulan yang akan datang, maka tiada masalah untuk dirisaukan, tetapi saya mengesyorkan penilaian di peringkat hospital dilakukan untuk melihat sama ada memerlukan sebarang bantuan perubatan. Kami tidak mengesyorkan urut kaki dalam hal ini kerana sebab utama anak puan mungkin lewat berjalan masih belum dikenalpasti dan sekiranya masalah berkaitan dengan saraf, urut tidak akan membantu
Diharap saya telah menjawab pertanyaan puan.
Sekian.
(Ditulis oleh Dr Poongundran A/L Pannerselvan )
Rujukan:
- http://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones
- http://www.newborn-baby.net/social-and-emotional-development-of-0-to-2-month-old-babies
- http://images.agoramedia.com/wte3.0/gcms/what-to-expect-photogallery-second-year-milestones-1-intro.jpg
- http://www.kent.gov.uk/__data/assets/image/0020/6086/Child-with-painted-hands.jpg
- http://storage.cloversites.com/baypresbyterianchurch1/site_images/page31_picture0_1345237032.jpg
_______________________________________________________
We welcome our new member Dr Poongundran. He is a paediatrician at a government hospital. He attained his Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) from University Malaya (UM) and Membership Royal College of Paediatrics and Child Health (MRCPCH) from UK. His main interest is General Paediatrics and Neonatology.
Comments
5 responses to “Anak saya lewat perkembangan ?”
Hi doctor, thanks for read my message. My son is 16 months toddler. His growth is delay due to some medication. He was admitted in intensive care unit for about 1 week and 2 weeks in normal Ward for bronco pneumonia when he was 5 months old baby. Since than he’s frequent visitor to hospital and clinic. For the past 5 months going for physio and occupational therapy. He also sort of diagnosed with elevated alkaline phosphatase that is 1230 above the border line. Doctor here prescribed vitamin d but not really going down it stands at 1100. Please doctor advice me my son active physically, talk, dance etc. The only problem is he’s can’t crawl. Please help me doctor.
Hi doc,
Saya ada seorang anak buah ni(anak adik saya),umur 4 tahun tapi tinggi badan dia sama macam budak 2 tahun. Pembesaran dia sangat lambat dan badan dia kurus dan ringan. Dia tak ada masalah makan sebab memang dia sangat suka makan. Dia ni lahir tak cukup bulan. Dia aktif,pandai bercakap walaupun pelat sikit dan riang. Cuma masalah dia sekarang ni pembesaran dia tak normal. Adakah sebab hormon atau ada sebab lain? Apa yang patut kami buat? Perluka adik saya ni bawa anaknya jumpa doc pakar kanak2? Terima kasih doc.
Hi doc, saya juga ada anak 3thn perkembangan dia lambat dari segi pertuturan. Masa dia admit hospital dulu, specialist doc perasan kepala dia kecil dpd budak normal. Doc tu ada tanya ler perkembangan pertuturan dia dan aktivity dia. Saya ada cakap yg anak saya belum pandai bercakap lagi dan belum pandai pegang pensel n mkn sendiri.masa umur dia admit masa tue dlm setahun 8bln (masa tue dia baru pandai berjalan) so doc suruh MRI otak dia tkt da papa..bila dah MRI doc cakap result ok, xder papa cuma kena.follow up utk pkembangan dia, diorang ms tu nak cek telinga dia tapi anak saya kerap sakit sebab diorang cakap xdpt cek bila anak sakit tambah lagi anak saya kuat meronta bila doc tu nak cek dia. Masa tue lah kena bagi dia ubat tidur baru dpt cek, mslhnya anak saya tak dapat tidur tapi mata dia mengantuk. Last last saya xjadi hantar dia utk follow up lagi sebab kesian tengok dia asyik kena bagi ubat tidur. Satu lagi masalah anak saya, dia dari lahir kerap muntah xkira dia kenyang atau x, kalau muntah memang muntah sampai macam xder lagi brg mkn dlm perut dia, sampai sekarang dia masih macam tue especialy bila time dia menangis kuat atau ada batuk. Tapi anak saya tetap ada selera nak makan. Jadi soalan pertama saya, kalau perkembangan anak saya slow, dapat x saya hantar anak saya pergi sekolah biasa? Kedua, adakah anak saya ada simptom penyakit GERD?
Good information in well described. Thank you.
Very Informative Dr.Poongundran