Question: Salam doktor, anak saya berusia 3 bulan, dan mengalami urate crystal. Pada mulanya, ia berlaku beberapa hari selepas dia lahir. Baru-baru ini ia berlaku lagi. Adakah ia salah satu tanda anak saya kekurangan susu? Anak saya menyusu badan sepenuhnya dan sekiranya susu badan tidak cukup, bolehkah doktor memberi nasihat untuk menyelesaikannya? (Amira Hayati Shamsud)
Answer: Wsalam, masalah urate crystal adalah satu fenomena yang berlaku apabila bayi mengalami masalah kurang penyusuan. Ini biasa berlaku pada 1-2 minggu kelahiran kerana ibu kurang susu. Adakah berat badannya bertambah dengan baik? adakah bayi kencing 5-6 kali sehari dan buang air besar dengan baik? Jika tidak, ini bermakna dia tidak diberikan susu secukupnya. Amira boleh cuba menambah susu badan dengan kerap menyusukan bayi atau memerah susu. Perlu juga banyak minum air dan cuba makanan penambah susu seperti lobak putih, halba, bayam, oat dan kacang badam. Pastikan tiada tanda-tanda dehidrasi seperti kurang air mata, ubun ubun yang tenggelam Bagaimanakah Amira mengetahui bahawa baru-baru ini ia juga urate crystal? Perlu diingatkan bahawa tidak semua tanda pink atau merah di pampers semestinya urate crystal. memandangkan usianya sudah 3 bulan , perlu diperiksa untuk memastikan tiada masalah lain