Question: Anak saya berusia 2 tahun 2 bulan baru-baru ini mengalami hidung berdarah – pertama kali dan berlaku ketika dia sedang tidur malam. Bajunya dibasahi darah dan terdapat darah berbentuk ketulan. Kami membawanya ke ER dan dilakukan ujian darah. Doktor mengatakan bacaan normal, tetapi saya risau dengan keputusan APTT iaitu 68 (prolonged). Nose bleed telah berhenti tetapi darah yang keluar kelihatan cair dan nurse yang mengambil sample darah turut mengatakan perkara yang sama. Anak saya kelihatan aktif seperti biasa. Adakah saya perlu membuat repeat blood test? Adakah ini symptom tertentu?
Answer: Hidung berdarah adalah agak biasa berlaku dikalangan kanak-kanak tetapi memang harus pastikan tidak berkaitain dengan masalah serius. Saya nasihatkan ulang sekali lagi ujian untuk kepastian. Saya perlu lebih banyak maklumat daripada angka 68, seperti PT Ratio, INR, dsb. Biasanya, masalah darah tidak membeku seperti haemophilia adalah jauh lebih tinggi daripada 68.