[Q&A] Adakah bayi akan mengalami fobia lepas keluar wad?

Question: Assalamualaikum doktor,

Nama anak saya Muhammad Ammar Hakim. Ammar baru saja ditahan di wad pediatrik PPUM setelah disahkan menghidap pneumonia. Pada hari ke 4 pula doktor mengesahkan terdapat adenovirus dalam sampel kahak Ammar. Saya menemani Ammar sepanjang 7 hari di wad.

Sepanjang di wad, Ammar menjalani rawatan mengambil antibiotik, neb, suction. Lebih kurang setiap 4-6jam sehari hingga hari terakhir.

Selepas dibenarkan pulang, Ammar asyik menangis dan merengek. Saya rasa seperti dia rasa kurang selamat bila berseorangan atau bila saya tiada di sisi.

Soalan saya :

-adakah Ammar fobia setelah 7 hari menjalani rawatan di wad?
-apa yg perlu saya lakukan kerana minggu depan saya perlu kembali bekerja dan Ammar akan diha tar ke taska
-apakah langkah2 yg perlu saya ambil bg mengelakkan Ammar terkena pneumonia dan jangkitan adenovirus?
-apakah langkah2 keselamatan dan kesihatan untuk Ammar sepanjang dia di taska nanti?

Saya harap doktor dapat berikan jawapan. Saya dan suami semakin runsing sebab Ammar kerap menangis sejak keluar wad Isnin lalu hingga kini. (Faradila Fitri)

Answer: Ya, nampaknya Ammar memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Malangnya, pengalamannya di wad adalah agak traumatik. Berikanlah perhatian dan kasih sayang, berikan semangat dan keyakinan kepada anak. Dia sepatutnya kembali normal dalam suatu jangka masa. Pada masa yang sama, harus pastikan dia menangis dan merengek bukan kerana anak masih kurang sihat dan mempunyai masalah pernafasan. Sekiranya tidak pasti, bawa anak kembali ke hospital yang merawatnya untuk pemeriksaan. Untuk mengelakkan jangkitan pneumonia, harus pastikan tidak bergaul dengan mereka yang tidak sihat (orang dewasa dan kanak-kanak), pastikan vaksinasi adalah lengkap dan mengikut masa.


Posted

in

by

Tags: