Question: Doktor baby saya ada masalah intoleransi laktosa.Doktor yg merawat baby saya kata baby tak boleh minum susu badan.Apa akibatnya kalau saya tetap teruskan dengan susu badan diselang selikan dengan susu laktosa free (dumex).Terima kasih. (Aida)
Answer: Puan, untuk memastikan bahawa bayi ada lactose intolerance, ujian najis seharusnya dijalankan. Sekiranya betul ada intolerance, maka bayi kurang dalam enzim yang mencerna laktosa, maka walaupun dikurangkan jumlah susu laktosa dan diselang selikan, bayi akan masih mendapat cirit. Diagnosis laktosa intolerans bukan diagnosis yang dibuat sembarangan, dan harus dipastikan dengan ujian. Untuk mereka yang baru pulih daripada cirit birit yang teruk akibat jangkitan kuman, ada kemungkinan mereka mendapat lactose intolerance untuk suatu jangka masa dan akan pulih. Pada masa itu, harus tidak diberikan susu laktosa tetapi ini bukan untuk selama-lamanya.