[Q&A] Tabiat mencederakan diri sendiri

Question: Salam sejahtera doktor, anak bongsu saya berumur 8 tahun mempunyai tabiat mencederakan diri sendiri. Antaranya suka menarik kulit ditepi kukunya hingga berdarah. Juga kerap menggaru sehingga luka dan apabila luka-lukanya sudah mula baik, dia akan kopek semula luka tersebut. Perkara ini berulang hingga luka yg kecil menjadi besar dan akan bertambah bilangan luka dibahagian badan yg lain. Bagaimanakah cara untuk saya menghentikan tabiat ini. Adakah tabiat ini berkait dengan emosi anak. Terima kasih. (Rohaida)

Answer: Salam Rohaida, Ya, selalunya ada kaitan dengan emosi anak. Terutamanya anxiety. Perlu tentukan sebabnya. Cuba amati bila kelakuan ini berlaku. Masa dia menyendiri, atau masa dia membuat sesuatu eg menonton tv, membaca etc. Perlu tahu apa pattern kelakuan tersebut. Aktiviti sebelum dan selepas kelakuan. Untuk menghentikan kelakuan ini, ia bergantung kepada ‘pattern’ di atas. Contohnya: ‘Behavioural modication’ boleh dilakukan seperti: Occupiedkan tangan beliau dengan sentiasa ada barang untuk dipegang Galakkan anak menggunakan bercakap mengenai apa yang dia rasa. Sekiranya membahayakan, dicadangkan Rohaida mendapat nasihat dari klinik kesihatan/ klinik/ atau hospital yang berdekatan.


Posted

in

by

Tags: