[Q&A] Muntah dan tak mahu makan

Question: dr. baby sy now 8 bulan, berat dia 7.9kg trun sedikit masa sebelum dia demam.adakah itu normal.berat sebelum demam 8.0kg..now demam dh ok tp batuk seperti tekaknya sangat gatal. slps dmm dia sering muntah susu. dia juga enggan makan bubur nasi dan mknn lain. apa yang perlu saya lakukan?? (Zurikha)

Answer: Masalah enggan makan dan sering muntah susu biasa terjadi – sekiranya berlaku semasa demam ataupun sejurus selepas pulih dari demam. Tetapi masalah ini tidak harus berterusan, sekiranya sudah banyak hari pun begini, saya nasihatkan puan dapatkan pemeriksaan doktor yang rapi supaya boleh mendapat pengesahan dan penjelasan yang lebih tepat.


Posted

in

by

Tags: