[Q&A] Pecah salur darah

Question: salam doc…anak saya baru berusia 55 hari, dilahirkan normal,tiada sebarang masalah kesihatan dan bacaan kuning yang paling tinggi selepas bersalin adalah 10.7..selepas mandi pagi tadi saya perasan badan dia ada bintik2 merah yang tidak timbul…bayi saya tidak meragam dan menunjukkan tanda2 sakit. saya telah membawa dia berjumpa doktor dan apabila di periksa bayi saya tidak ada sebarang pendarahan di mulut dan gusi. dia juga tidak demam…doktor menyatakan ini terjadi disebabkan salur darah pecah. simptm yg dialami oleh bayi saya sy seolah2 org yg terkena demam denggi dimana terdapat bintik2 merah.. doktr tidak memberi sebarang ubat, cuma nasihat supaya meneruskan bf dan jika dalam masa seminggu bintik masih tidak berkurang atau bertamabah teruk sy perlu ke hospital dengan segera..soalan sy, masalah yang dihadapi oleh bayi sy berbahaya? adakah ia akan meninggalkan kesan dan apa jenis rawatan yang diperlukan?

Answer: Nampaknya doktor berpendapat anak anda ada petechiae. Soalan saya adalah – adakah ia banyak sangat di seluruh badan? Sekiranya banyak petechiae, kami bimbang bilangan platelet darah adalah kurang maka sekiranya berleluasa dan tidak hilang, perlu check darah dan periksa semula lagi. Ada juga kadang ia adalah ruam lain yang seolah-oleh macam petechiae tetapi hanya reaksi kulit seperti alahan. Pecah salur darah yang kecil-kecilan pada kulit (petechiae) tidak bahaya,tiada kesan lama tetapi ia mungkin menggambarkan masalah beku darah, masalah pletelet rendah yang mungkin bahaya.


Posted

in

by

Tags: