Question: hi doctor . baby saya berusia 35 hari, prolonged jaundice last check total bilirubin 10.5 mg/dL . doktor sahkan anak saya kurang sel darah merah HB 9.5 . doktor ada memberikan ubat seperti folic acid, appeton, FAC . adakah sesuai bayi seawal usia diberi ubat doktor ?Jika tidak diberikan ubat, apa kesannya kepada baby ? thank you. – shikin –
Answer: Ubat tersebut boleh diberikan, malahan adalah ubat biasa untuk bayi lahir pramatang. Ada kemungkinan anak anda mengalamai physiological anaemia di mana Hb akan kembali normal apabila bayi lebih besar. Bayi perlu khasiat untuk membina sel darah merah yang sesuai, dan sekiranya anak tidak mempunyai masalah darah dan susu mencukupi. Ubat ini adalah supplement, tetapi bagi saya sumber khasiat utama masih adalah daripada susu. Jangan bagi air kosong, susu cair. Simptom anaemia adalah apabila anak kurang cergas, nampak pucat, dan lambat menyusu, nafas mungkin laju. Saya sarankan puan mendapatkan pemeriksaan daripada pakar pediatrik untuk pemeriksaan semula.