Question: Hi Doctor, Saya disahkan mengandung anak ke-3. mengikut perkiraan, usia kandungan adalah 6-7 minggu. Masalah saya adalah pengalaman sebelum ini, yang mana melahirkan anak (ke-2) cleft lip. Sekarang berusia setahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Persoalannya bole kah saya meneruskan penyusuan, bimbang memberi effect pada bayi dalam kandungan. seperkara lagi, bole kah saya ‘consume” asid folic lebih dari yang dicadangkan kerana bimbang anak dalam kandungan mengalami pengalaman yang sama. Harap dapat penjelasan.
Answer: Saya sangat setuju untuk puan mengambil folic acid. Jika ambil sebelum mengandung lagi bagus. Untuk kebarangkalian anak seterusnya mendapat cleft lip apabila telah pun ada seorang anak yang cleft lip – peratusanya adalah antara 2- 8 peratus. Puan tidak patut hentikan penyusuan. Saya harap puan tidak terlalu gusar tentang hal ini, kerana kami mempunyai kepakaran yang boleh menolong puan dalam mengendalikan penyusuan anak dan juga pembedahan untuk membaiki cleft tersebut. Ia tidak berkaitan dengan perkembangan anak dan anak-anak puan, dengan berkat Tuhan, akan membesar seperti biasa dan normal.