[Q&A] Gross motor delay

Question: hi doc,anak saya perempuan berumur 1tahun 2bulan. dia mempunyai masalah gross motor delay.sekarang dia hanya mampu meniarap dan sesekali angkat kepala atau punggungnya.dari segi fine motor adalah normal seperti kanak kanak seumur dengannya.dia lahir pada kndungan 36 minggu.spanjang kehamilan adalah normal saja.saya juga ada refer ke peads dan skarang followup dia cakera pemulihan cara kerja.setelah 3 bulan menjalani latihannya,dia masih tidak menunjukkan peningkatan. persoalannya,apakah diagnosis yang mungkin boleh di kaitkan dengan permasalahan anak saya dan bagaimana saya nak bantu dia untuk normal seperti kanak kanak lain.tq (nuraliya)

Answer: Memang jelas anak anda ada kelewatan dari segi gross motor, dan memang bagus kerana telah pun mengambil langkah mendapatkan terapi carakerja/fisio dan pediatrik. Antara punca-punca utama kepada kelewatan ini adalh masalah otot, masalah saraf dan masalah dalam otak. Oleh itu, doktor pediatrik akan merancang untuk membuat ujian darah dan sisasatan lain untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Ada kemungkinan ia disebabkan oleh masalah yang boleh dirawat dan ada juga yang tidak dapat dirawat dan perlu bergantung kepada terapi fisio, carakerja yang rajin dan komited untuk menambahkan kemajuan dalam perkembangan gross motor. Saya nasihatkan puan untuk mendapatkan penjelasan yang rapi daripada pakar pediatrik anda kerana banyak maklumat diperlukan sebelum kami boleh memberikan prognosis dan jangkaan mengenai anak anda.


Posted

in

by

Tags: