Question: maklumat anak:
anak saya berumur 1thn 7bln. minum susu formula tanpa susu badan sejak berumur 40++ hari kerana susu badan kering. sering naik tanda seperti ruam panas pada sendi dan pelipat terutama pada leher, siku, ketiak, lutut apabila panas & berpeluh. alah kpd telur semasa berumur 10bln & alah kpd udang setelah mknn tersebut diperkenalkn semasa berumur 1thn 5bln.sukar tidur sekiranya merasa panas & berpeluh, menyebabkn pendingin hawa sentiasa dipasang pada waktu mlm. tidur tanpa stokin atau selimut kerana panas.
sejarah keluarga:
suami-keluarga terdekat ada yg mengalami lelah & darah tinggi, ada alahan terhadap mknn laut.
isteri-keluarga terdekat ada yg mengalami masalah kulit sensitif dan kering, alahan terhadap mknn laut, kencing manis.
soalan: adakah anak saya mengalami masalah ekzema?bagaimana utk mengelakkn anak daripada mendapat penyakit selsema, batuk dll akibat selalu terdedah kepada pendingin hawa ttp dlm masa yg sama dpt mencegah ruam pada sendi apabila berpeluh semasa tidur?
Answer: Puan, Daripada ayat puan “eperti ruam panas pada sendi dan pelipat terutama pada leher, siku, ketiak, lutut apabila panas & berpeluh. alah kpd telur semasa berumur 10bln & alah kpd udang setelah mknn tersebut diperkenalkn semasa berumur 1thn 5bln.sukar tidur sekiranya merasa panas & berpeluh, menyebabkn pendingin hawa sentiasa dipasang pada waktu mlm. ” Ini adalah konsisten dengan masalah Eczema Sekiranya anak selalu batuk dan selsema akibat rasa sejuk , ini kemungkinan besar kerana alahan hidung dan Asma, maka perlu dapatkan rawatan pencegah. Eczema, alahan hidung dan Asma adalah punca daripada hypersensitivity, dan sering berlaku pada pesakit yang sama. Sila baca: https://www.doktorbudak.com/2013/07/20/anak-saya-batuk-malam/ https://www.doktorbudak.com/2014/07/09/1049/