Question: Hello. Assalamualaikum.
Doc. Anak sy bru 3 bulan 1 minggu 5 hari. Bila anak sy tidur baring terlentang dalam jangka masa yg lama . Mesti belakang kepala die panas.adakah ini perkara normal? Belakang kepala anak saya kadang terasa seperti ade benjolan kecil? Perlu ke saya dapatkan rawatan lanjut? (Ila mhd noor)
Answer: Benjolan kecil itu kemungkinan besar adalah kelenjar limfa sahaja. Namun kami tidak dapat memberi kepastian tanpa memeriksanya maka lebih baik dapatkan pemeriksaan yang sebenarnya. Kepala rasa panas ( hot head) adalah keadaan yang normal. Suhu badan tidak boleh dipastikan dengan tepat dengan hanya rasa dengan kulit tangan anda kerana ia adalah subjektif dan bergantung kepada suhu asal kulit tangan anda. Sekiranya bacaan thermometer adalah tidak menunjukkan demam maka tidak perlu risau.