[Q&A] Normalkah kerap buang air besar?

Question: Terima kasih doktor kerana telah memberi respon kpd soalan saya sebelum ini… Saya masih ada masalah mengenai anak lelaki saya berumur 3 tahun lebih… Anak saya minum susu formula dan sangat susah nak makan,jika dia nak makan pun hanya telur dan biskut sahaja.. Lain2 dia akan tolak walau bermacam cara telah saya lakukan.. Masalah nya anak saya buang air besar setiap hari,jika dia kerap minum susu dalam satu hari dia akan buang air besar 3 ke 4 kali,dan warna najis ny gelap,kadang2w kuning dan agk berbau serta cair… Anak saya minum susu dutch lady 123 perisa biasa.. Adakah anak saya mengalami apa2 masalah percernaan atau sebagai nya… Harap doktor dapat membantu… Terima kasih. (Pn. Ayu)

Answer: Masalah begini mungkin berkaitan dengan gastro-colic reflex ( refleks yang normal di mana selepas perut dipenuhi akan menyebabkan rasa ingin buang najis), irritable bowel syndrome ataupun lactose intolerance. Perlu pemeriksaan selanjutnya oleh doktor dan analisa najis mungkin boleh membantu. Sekiranya berlaku susut berat badan dan sakit perut, hal ini perlu dirujuk segera.


Posted

in

by

Tags: