[Q&A] Kebimbangan cirit-birit yang berlarutan

Question: Tuan doktor saya mempunyai anak perempuan yang berusia 3 tahun 7 buan.Berat badan lebih kurang 15kg dan tinggi 95 cm. Pada 25/10/2014 dia telah mengalami masalah cirit birit dan muntah yang teruk. Saya mengambil langkah untuk memberhentikan sementara minum susu formula dan semua jenis makanan dan minuman yang mempunyai sumber susu dan coklat. Selepas 2 minggu dia tidak lagi mengalami masalah tersebut dan saya meneruskan pemberian susu formula, malangnya setiap kali minum susu dia akan ciri birit dan najis berwarna kuning yang cair. Pada 4/11/2014 saya telah memabawa dia ke klinik dan doctor menyarankan untuk sementara bertukar kepada susu tanpa laktosa. Saya memberikn dia susu isomil susu soya tanpa laktosa lebih kurang 2 minggu,semanjang dia minum susu tersebut tidak mengalami cirit birit,cuma kadang kala najis beliau berwarna hijau dan mempunyai lendir.Pada 18/11/2014 saya cuba untuk memberi susu formula biasa kepada dia, malangnya dia kembali mengalami masalah cirit birit. Untuk makluman doktor sepanjang dia mengalami cirit birit dan diberhentikan sementara susu serta minum susu tanpa laktosa dia seorang yang aktif dan makan serta minum seperti biasa dan tidak mengalami demam.Mohon doktor memberikan penjelasan..terima kasih. (Fazilah)

Answer: Nampaknya anak anda mempunyai masalah post-enteritis lactose intolerance. Biasanya ia akan pulih selepas beberapa minggu. Saya nasihatkan cuba lagi selepas sebulan lagi. Tidak dijangka akan mempunyai masalah berterusan sehingga jadi sesuatu yang kronik. Apabila mengalami gastroenteritis di mana peradangan berlaku pada usus, akan terhakis lapisan vilus-vilus yang bertugas menyerap laktosa, maka akan terjadi tidak toleran kepada laktosa dan menyebabkan cirit.


Posted

in

by

Tags: