[Q&A] Tak nak berjalan selepas 2 minggu demam

Question: Anak saya berumur setahun 3 bulan. Selepas 3 hari demam, doc perscribe Argumentine,setelah 8hari demam masih tak baik, doc masukkan ke dalam ward and tukarkn kepada rhocephine utk 7 hari. 4 hari anak saya dlm ward, lagi 3 hari saya harus ulang alik ke hospital utk bawa anak disuntik dengan rocephine. Alhamdulillah selepas dos yg terakhir, anak saya tidak demam lagi. Walaubagaimanapun, anak saya tidak mahu berjalan seperti selalu. Hanya mahu didokong sahaja.Anak saya akan menangis apabila disuruh berjalan. (Aqeela)

Answer: Aqeela, dalam konteks begini adalah penting masalah ini diberitahu pada doktor yang telah merawat anak/ berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Kami tidak dapat menasihati dengan lanjut tanpa memeriksa anak. Tidak berjalan terutama selepas sakit perlu diberi perhatian serius kerana tidak mahu terlepas sesuatu masalah yang lain.


Posted

in

by

Tags: