[Q&A] Menangani anak yg lasak

Question: Saya seorang ibu kepada dua org anak lelaki,yg pertama berumur 3 tahun++ yg no.2 berumur 8 bulan.. Masalah saya adalah anak yg pertama seringkali memukul,menolak,kadang2 memijak adiknya ketika meniarap,boleh saya katakan si abang suka membuli si adik… Saya jadi sangat risau tentang adiknya kerana badannya dan tulang yg masih lembut,buat masa ini adiknya tidak menunjukkan sebarang masalah.. Pada abang nya saya kadang sampai tidak tahan lalu memerahi dan memukul abangnya,bermacam cara saya cuba seperti yg di saran dalan berbagai blog,tetapi masih tidak membuahkan hasil… Abanh nya sangat lincah dan lasak,mungkin mcm budak hyperactive… Bagaimana caranya untuk saya mengurangkan masalah abangnya yg suka membuli adiknya dan bagaimana saya blh ubah abangnya? Harap doktor dapat membantu… Terima kasih.. (Pn. Ayu)

Answer: Salam Pn Ayu, Adakah apa-apa keperluan emosi (emotional needs) si abang yang ibubapa belum penuhi? Masa bersamanya? Perhatian? Bermain bersamanya? Aktivi outdoor? Jika ada, penuhi keperluan emosi tersebut. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun memang lasak. Lasak tidak semestinya hyperactive. Libatkan abang dalam aktiviti untuk menguruskan adik, beri tugasan seperti ambilkan diapers, pakaikan kasut dan sebagainya. Berikan abang rasa yang dia diperlukan. Adakah sesiapa yang dewasa dirumah yang suka berkasar/ memukul? Jika ada, hentikan, kerana abang akan meniru (modelling) kelakuan tersebut


Posted

in

by

Tags: