[Q&A] Masalah buang air besar dubur berdarah

Question: Anak saya berumur 16 bulan. Sudah 2-3 bulan duburnya berdarah apabila dia buang air besar keras. Apabila najisnya keras , duburnya akan berdarah. Apakah cara yang baik untuk membanteras masalah ini? Dan apakah angkah-langkah pencegahan? (See Yee Hong)

Answer: See Yee Hong , semestinya anak perlu berjumpa doktor agar rawatan boleh diberikan. Sekiranya dia sembelit sehingga duburnya berdarah , ini bermakna masalah ini sudah kronik dan telah lama berlarutan . Bawalah berjumpa doktor agar rawatan boleh dimulakan. Ubat air yang diberikan perlu diambil untuk beberapa minggu. Sementara itu, usaha untuk membaiki pemakanannya adalah penting. banyakkan fiber/serat dalam makanan . ini boleh didapati dalam buah dan sayur ataupun cereals. Banyak minum air. Susu formula jika diberikan perlu dikurangkan dan banyakkan makan . Jumpa pakar untuk rawatan agar ia tidak menjadi lebih teruk.


Posted

in

by

Tags: