[Q&A] anak tantrum dan cenderung berkasar dengan ibu dan adik jika abaikan tantrumnya

Question: Assalam doc
Anak lelaki saya 8 thn.sejak sebulan lepas mula kuat mengamuk bila dsuruh mandi dan tak dpt sesuatu.dia seringkali mengulang btanya benda yg dminta bkali2 walo kita dah mberikn jwpn.cth”nnt belikn kereta mainan abg esok,dan kita jwb ya besok.”nnt dia akan btanya lg bila kita akan belikn dia keta mainan walo dah beri jwpn yg sama.

Dlm keadaan biasa secara tiba2 dia akan meluru ke arah saya yg sdg menyusukn adiknya & btindak menarik kepala adiknya spy x menyusu dgn saya…saya cuba bckap lembut n beritahu tindakan itu salah.dia ckp faham n mtak maaf.tp selepas itu dia akan buat lagi n mtak maaf semula.

Kenapa anak saya btindak demikian?
Lebih mburukkn keadaan ayahnya memukul bila dia btindak memukul saya n adiknya.
Adakah anak saya autism or hyperaktif?tlg hide nama saya.tq (Nor)

Answer: Salam Puan, Saya perlukan lebih informasi dan observation untuk mengetahui samaada anak ada ADHD atau autism. Jika perkara berikut baru sebulan, cuba kenalpasti apa-apa perubahan dirumah? Atau disekolah? Adakah puan & suami tidak memberikan perhatian kepada kelakuannya yang baik? Berikan lebih perhatian bila anak berkelakuan baik – berikan pujian atau pelukan. Jangan hanya beri perhatian hanya bila dia melakukan kesalahan. Memukul anak bukanlah cara yang terbaik untuk menangani kelakuan yang tidak baik. Dalam jangka masa panjang, ianya akan memburukkan keadaan. Anak akan belajar dari ibubapa bahawa memukul adalah satu cara bila kita marah. Dia akan lakukan perkara yang sama (memukul) kepada kawan-kawan, adik2 dan kepada ibubapa sendiri.