Question: Anak lelaki saya berusia 6 tahun.Dah berhenti pakai pampers sejak umur 3-4 tahun.Sebelum ni memang pergi ke toilet. Tapi kebelakangan ni (dh hampir 2 minggu), dia kerap terkencing dalam seluar.
Anak saya kurang selera makan. Ada masanya dia lebih prefer minum susu coklat drpd makan nasi tapi still aktif.
Saya dah try nasihat, tapi akan buat semula. Saya pernah tanya either dia ada rasa nk kencing atau tak & jawapan dia. ada rasa nak kecing. Tapi bila tanya kenapa tak pergi toilet, dia diam.
Apa yg harus saya buat doktor? (Fiza)
Answer: Fiza, Daripada pemahaman saya melalui soalan anda, masalah anak bukanlah kerap kencing tetapi terkencing dalam seluar walaupun sebelum ini telah berjaya dilatih. Perbezaan antara keduanya adalah perlu kerana apabila masalah adalah kerap kencing , antara puncanya ialah masalah kencing manis atau jangkitan kuman pada saluran air kencing dll. Jika dia terkencing dalam seluar , kaji semula masalah ini dari mula. Jangan marah anak . Ia bukan disengajakan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian : 1. Apakah yang berlaku dalam tempoh 2 -3 minggu lepas sebelum masalah ini terjadi? contohnya – kejadian yang tak diingini di tandas menyebabkan anak takut ke tandas 2. Adakah ini berlaku sepanjang masa atau waktu tertentu / tempat tertentu? Contonya hanya berlaku di rumah tetapi tidak berlaku di sekolah? berlaku pada waktu sekolah sahaja atau waktu hari minggu? 3. Adakah ada masalah lain? seperti kencing sakit yang mungkin menandakan ada jangkitan pada saluran air kencing, atau hilang selera makan , sering termenung dan tidak seceria dulu – mungkin masalah buli atau dimarahi di sekolah. Adakala mereka menahan kencing sepanjang di sekolah mungkin kerana takut ke tandas / terdengar cerita2 menakutkan dan tidak dapat lagi menahan dan terkencing dalam seluar. 4. Adakah dia menyedari dia terkencing atau tidak? Anak puan diam apabila ditanya mengapa tidak mahu ke toilet. Cuba cara ini- Panggil dia ke bilik dengan lembut , beritahu dia anda sayang padanya dan tidak akan marah walaupun apa yang diberitahu, tanya jika ada masalah samada di sekolah atau di rumah dan beri perhatian padanya. Adakala kanak-kanak takut hendak memberitahu sesuatu kerana takut tidak dipercayai atau dimarahi. Jika ini tidak berjaya, bawalah berjumpa doktor.