[Q&A] Sembelit

Question: Salam..
Skrg umur anak sy 7bulan..sy br introduce nasi for the 1st time and according to babysitter die ade bg roti jgk sket.sy mula perasan die xberak and i assume die sembelit.on the 4th day sy ade bg buah epal dan cmpur sket gripe water dlm air masak.esknye die berak..tp die nangis sbb sakit.aritu die berak 3x..tahi xberketul tp dah mcm doh..a day after that die xberak lg tp ade meneran cuma xde najis yg kluar.apa sy harus buat?sy ade bg buah epal dan pisang..betul ke pisang bole menyebabkn sembelit even worse?mcm mana pulak dgn gripe water..boleh ke diberi dgn kerap? (Marissa)

Answer: Marissa, Definisi sembelit ialah apabila kanak-kanak mengalami kesukaran membuang air besar , najisnya sedikit dan keras dan adakala anak meneran. Sekiranya najis lembut , banyak, walaupun bukan setiap hari , itu tidak dikira sembelit. Memandangkan dia baru lagi dimulakan dengan makanan pejal , saya cadangkan agar diberikan fruit puree dan cereal kerana kandungan fibre dalamnya dapat membantu memudahkan pembuangan najis. Pisang tidak menyebabkan sembelit lagi teruk. Penggunaan gripe water tidak digalakkan. Bagaimana pulak dengan susu, adakah bancuhannya mengikut sukatan yang diarahkan pada tin formula?


Posted

in

by

Tags: