[Q&A] Perlukah ICS untuk anak saya?

Question: Hi/Salam doktor. Anak sy berusia 14 bulan. Dari usia 9 bulan, dia ade 3 episod URTI yg memerlukan neb dissbkan susah nafas. Doktor diagnos anak sy mengalami viral induced wheezing. Mulakan montelukast. 2 mggu rawatan, anak sy dpt urti lagi n di masukkn ke ward sbb wheezing y memerlukan regular neb ketika usia dia 13 bln. (Utk pengetahuan doktor, anak sy mempunyai sejarah asma yg kuat dlm keluarga.)
Selama 3 hr di wad, 3 pakar berlainan merawat anak sy. Pakar pertama menyarankan anak sy di mulakan dgn inhaler. Ventolin dan budesonide.Alasannye, dgn rawatan montelukast, anak sy masih dpt wheezing. Anak sy dilabel frequent wheezer. Pakar kedua bersetuju dgn plan rawatan namun pakar ketiga berkata yg ICS x membntu anak sy. Oleh itu anak sy hanye dibekalkan ventolin ketika balik dr ward. Alasannnye paru2 budak < 2 thn tidak matang n tidak ade receptor utk ubat.
Ape pendapat doktor?

Answer: HI Eza, Ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian. 1) Dia mengalami URTI setiap bulan yang memerlukan neb. Adakah masalah ini hanya dicertuskan oleh URTI? Adakah cuaca yang sejuk, habuk atau emosi (tangisan yang kuat dan panjang) juga boleh menyebabkan ‘wheezing’, batuk batuk atau pernafasan yang laju? Erti kata lain saya ingin memastikan bahawa dia benar2 mengalami viral induced wheeze dan bukan multi-trigger wheeze ( pencetus pelbagai). 2) Adakah dia benar2 sihat dalam tempoh antara satu episod dengan episod yang seterusnya? Adakah kadangkala dia mendapat batuk batuk terutama di awal pagi atau waktu malam (batuk yang sedikit juga di ambil kira) walaupun dia sebenarnya kelihatan sihat dalam tempoh tersebat , maksudnya bukan waktu yang dia mendapat URTI. 3) Jika anak aktif, adakah ini menyebabkannya batuk? Soalan-soalan di atas adalah untuk memastikan bahawa dia memang mengalami viral induced wheeze , dan hanya kena semasa mendapat URTI. Sekiranya dia mempunyai simptom lain, maka diagnosisnya bukan la viral induced wheeze. Itu yang pertama . (memandangkan saya tidak merawat maka perlu saya pastikan dahulu. Sekiranya kerap mendapat viral induced wheeze , memulakan ubat dengan montelukast adalah langkah yang akan saya ambil juga. Namun saya , adalah penting untuk mengetahui respon terhadap ubat tersebut. Jika ia berkesan , ubat boleh diteruskan . Namun , saya selalunya memilih untuk meneruskan untuk lebih lama sedikit sebelum memutuskan bahawa ubat tersebut tidak memberi kesan . ICS boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun sekiranya perlu – kerap mendapat wheezing dan memerlukan rawatan di hospital/masuk wad. Ramai kanak-kanak yang mengambil ubat ini dan menunjukkan respon yang baik. Namun , setiap pakar mempunyai approach yang berbeza dalam merawat pesakit. Adakalanya doktor memberi ventolin sahaja dan memantau sebelum diberikan ICS. Maksudnya setiap kali mendapat URTI dan batuk yg semakin teruk, gunakan ventolin . Penggunaan yang betul dan awal dapat mengelakkan daripada masuk wad sekiranya anak respon terhadap rawatan rumah. Pemantauan dibuat di rumah dan appointment diberi di klinik sekiranya doktor rasakan perlu. Antara faktor lain yang perlu dilihat ia bentuk dadanya dan pertumbuhan badan kerana ia dapat memberikan gambaran terhadap sejauh mana masalah pernafasan anak , selain dari simptom 2 yang telah saya sebutkan di awal tadi. Dalam kes anak Eza, saya tidak dapat menasihati kerana kami tidak merawat anak. Nasihat saya, keraguan begini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut dengan doktor. Ada pelbagai cara yang betul cuma pendekatan mereka berbeza namun pemantauan sangat penting agar rawatan boleh ditukar sekiranya tiada perubahan. Wassalam.


Posted

in

by

Tags: