Question: Mengapa jaundice kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir dan apakah rawatan yang terbaik diberikan.
Terima kasih DR.
Answer: Bayi yang baru lahir masih belum mempunyai hati (liver) yang matang maka proses membuang bilirubin(pigmen kuning yang terhasil daripada pemprosesan sel darah merah yang terhapus) masih bukan 100% maka ada ‘backlog’. Ini adalah keadaan normal, dan hanya perlu rawatan fototerapi ( letak di bawah lampu biru ) sekiranya paras bilirubin melampaui batas yang telah ditetapkan oleh doktor. Sekiranya anak nampak, seharusnya dibawa ke klinik/hospital untuk memastikan ketinggian paras bilirubin.