[Q&A] Sawan

Question: Dear dr budak, Ank sy berumur 5bln..sy ada baca artikel dr ttg sawan dan sy perasan ank sy semasa menyusu dan die tertido tgn n kepala die bergegar seperti sawan dan ble sy kejutkan die dr tido die menjadi normal.keadaan ini telah terjadi 2 kali.adakah ini sawan?terima kasih,hope 2 hear from u soon..

Answer: Gegaran ini mungkin pergerakan yang seolah-olah macam sawan tetapi sebenarnya adalah pergerakan biasa. Kami tidak dapat memastikan tanpa melihatnya ataupun tanya lebih soalan. Sawan adalah biasanya pergerakan yang mengikut rentak, tegang dan tidak dapat diberhentikan dengan kejutkan pesakit itu semata-mata tetapi hanya boleh berhenti sendiri ataupun menggunakan ubat sawan. Saya nasihatkan puan cuba rekodkan pergerakan ini dalam smartphone anda, dan tunjukkan kepada doktor untuk kepastian.


Posted

in

by

Tags: