[Q&A] Antasid untuk reflux

Question: Bayi saya kurang daripada 1 bulan dan mengalami reflux. Simethicone yang diberi oleh doktor tidak dapat menghilangkan reflux menjadi lebih teruk. Bolehkah bayi saya diberikan antasid? (by Susan)

Answer: Puan Susan, Reflux adalah akibat daripada pintu injap esophagus dan perut yang masih longgar. Ia adalah fenomena yang normal, tetapi ada yang teruk sehingga dipanggil gastroesophageal reflux disease yang mungkin memerlukan antacid. Simptom adalah muntah,muntah setiap kali selepas menyusu, dan berat badan tidak naik. Perlu jumpa pakar pediatrik untuk pastikan masalah yang sebenarnya. Ubat seperti domperidone, ranitidine (ubat kurangkan acid) mungkin boleh diberi. Ubat simethicone bukan untuk reflux tetapi mungkin berguna untuk perut kembung. Teknik lain seperti bagi bayi baring 45 darjah propped up(ke atas), tidak flat pada cot sahaja, burp beberapa kali dalam satu kali penyusuan, dan guna formula susu antireflux. Tolong baca artikel ini :- https://www.doktorbudak.com/2014/03/22/bayi-saya-ada-reflux/


Posted

in

by

Tags: