Question: Salam. Anak saya berusia 1 tahun 2 bulan. Semenjak 28 Julai 2014, anak saya mengalami bintik2 merah di anggota badan. Pada mulanya, bintik2 tu hanya di bhgn abdomen. Sekrg ia ke bhgn kaki & tangan. Walaupun sudah berkurangan, tetapi ia masih ade dan berwarna merah. Apa yg merisaukan, ia adakala timbul banyak di bahagian bawah ketiak, pelipat kaki, pinggang. Kami telah membawanya ke 2 buah klinik dan doktor mengesahkan, ia hanya la allergik. Tapi sampai hari ini, ia masih ada. Minta pandangan doktor. Terima kasih.
Answer: Salam Huani, Daripada sejarah yang diberi mengenai bintik-bintik merah anak, terdapat banyak kemungkinan punca ruam tersebut. Ia termasuk, alahan atau allergik, radang kulit atau ekzema, jangkitan kuman dan banyak lagi. Bintik-bintik merah biasanya akan berubah menjadi semakin gelap sebelum berubah menjadi semakin pudar sebelum hilang sepenuhnya. Nasihat saya ialah sekiranya tiada bintik merah baru dan ruam ini tidak menganggu anak, ini kemungkinan besar sudah beransur pulih dan sembuh. Akan tetapi, sekiranya masih terdapat bintik baru yang timbul, sila bawa untuk berjumpa pakar pediatrik. Sejarah yang lebih terperinci diperlukan dan ruam tersebut perlu diteliti dan dipantau untuk memperolehi diagnosanya. Sekiranya perlu, kepakaran pediatrik dermatologi diperlukan juga. Saya harap saya telah menjawab soalan Huani. Sekian, terima kasih. Salam. Dr. Aileen