[Q&A] Anak kerap memukul kepala

Question: Salam doktor. Anak lelaki saya berumur 1 tahun 7 bulan. The problem is anak saya suka memukul kepala dan mencabut rambutnya whenever we say NO or Tak boleh bila beliau nak melakukan sesuatu. Should I be worried of this behaviour? Thanks. (Farah)

Answer: Wasalam, Memukul kepala/ tarik rambut adalah satu cara untuk beliau menyatakan rasa tak puas hati or ‘feeling upset’ lebih-lebih lagi anak belum ada skil untuk menyatakan ketidakpuasan hati beliau. Saya kurang pasti apa yang puan maksudkan dengan memukul kepala – the severity of it. Adakah pukulan tersebut kuat hingga melukakan atau membahayakan diri anak? -Sekiranya ianya tidak membahaya diri, cuba ‘ignore’ kelakuan tersebut. Jangan berikan perhatian walaupun perhatian yang negatif – seperti marah atau memberi perhatian (marah) kepada anak semasa dia memukul kepala. Kelakuan yang tidak mendapat perhatian atau ‘reward’ akan berkurangan. Walaupun begitu, sekiranya pukulan tersebut membahayakan dirinya, dan berpanjangan, saya cadangkan puan dapatkan bantuan dari klinik/ hospital yang berdekatan. Semoga jawapan ini dapat membantu. Terima kasih