[Q&A] Baby selalu menjelirkan lidah dan tidak mahu menyusu

Question: Hi Doc, sy ibu kepada bayi berumur 2bln. Bayi sy refuse untuk menyusu susu formula. Sy pula menghadapi masalah susu badan yg semakin mengering. Sblm ini bayi sy tiada masalah untuk menyusu susu formula tetapi selepas diberi suntikan sebulan, semasa pemerhatian, bayi selalu menjelirkan lidah seperti merasa dan kemudian dia akan menolak puting botol dan tidak mahu menyusu. Dy terpaksa memaksa sehingga dia menyusu.. Buat pengetshuan dr sy dah membawa anak saya berjumpa pakar pead, tp bayi tiada masalah. Pakar memberikan vitamin utk membuka selera bayi, tp nmpaknya tetap sama. Bayi saya tetap refuse untuk menyusu susu formula. Dan sekarang bayi saya demam. Dr sy betul binggung. Doharap Dr dapat membantu dan memberi pandangan. (Shafina Othman)

Answer: Puan Shafina, kami hanya boleh tolong beri pandangan kerana pemeriksaan semula secara terperinci adalah penting untuk mendapatkan sebab yang sebenarnya. Perlu juga kita tanya sama ada bayi menangis setiap kali diberi susu ataupun hanya perlu dipaksa tetapi tidak menangis? Sekiranya menangis – ia boleh dikaitkan dengan acid reflux and perlu diberi ubat. Apa yang dimaksudkan paksa sehingga dia menyusu? Apa kaedah paksa itu? Sekiranya bayi tiada masalah untuk minum dan telan susu ibu TETAPI menolak susu formula, maka bayi anda mungkin pilih puting dan rasa. Pada bulan pertama ia mungkin lebih mudah untuk menyusu, tetapi ada bayi yang selepas 2 bulan dia akan mula lebih matang untuk menolak. Cuba cari puting yang sesuai, dan jangan ada banyak variasi puting, guna jenis yang sama. Sekiranya ibu yang memberi mungkin anak kenal suara dan bau, maka akan menolak puting botol kerana tahu itu bukan puting ibu. Cuba minta orang lain seperti ayah, nenek, makcik untuk susukan. Demam kemungkinan besar tidak berkaitan dengan masalah ini, tetapi demam tanpa sebab perlu jumpa doktor, kecuali ia adalah selepas suntikan. Isu -isu lain yang perlu diperhatikan ialah, pastikan suhu susu adalah sesuai, kepekatan susu adalah sesuai, saiz lubang puting adalah sesuai.


Posted

in

by

Tags: