[Q&A] Anak Aktif-Perlu ke Nursery?

Question: Anak saya berusia 1 tahun 4 bulan, lelaki.Dia seorang yang sangat-sangat aktif dan manja.Anak saya dijaga oleh ibu saya kerana kami tinggal satu rumah.Dia sangat manja dengan nenek nya.Dia seperti tidak boleh berenggang dengan ibu saya.Saya ada terfikir untuk menghantar dia ke nursery supaya dia dapat berkawan dengan budak sebayanya,untuk membuang perangai manja beliau dan moga dia dapat menyalurkan tenaga aktif beliau dengan bermain.Tetapi saya dalam dilema.Perlu ke saya berbuat demikian?Atau ianya normal untuk budak umurnya berperangai begitu(manja dan sangat-sangat aktif).terima kasih. (Diana)

Answer: Setiap anak perlukan perhatian. Anak yang aktif perlukan lebih perhatian, dengan bermain dengannya. Jangan berikan mainan yang banyak sekali gus. Keluarkan permainan satu persatu untuk membantu anak fokus. Adalah normal semua kanak-kanak untuk manja dan rapat dengan mereka yang menjaga (yang merupakan ‘attachment figure’) kepada mereka. Jika bermain dengan kanak-kanak lain adalah tujuan utama untuk menghantar ke nursery, anak anda juga boleh bermain dirumah, kan..? Beri beliau peluang untuk berjumpa dengan kanak-kanak lain dengan membawa anak ke ‘playground’. Good luck in deciding!