Question: Is it okay to tepid sponge? (Zarina)
Answer: Untuk makluman Puan, kaedah mengelap badan dengan tuala lembab, membuka baju atau pun memakai baju yang nipis adalah antara kaedah-kaedah yang biasa digunakan untuk menurunkan suhu badan bagi kanak-kanak yang sedang demam. Sehinggalah pada tahun 2007 dan kemudiannya pada 2013, NICE-UK ( National Institute for Health and Care Excellence) telah mengeluarkan garis-panduan baru mengenai kaedah-kaedah bagi menangani masalah demam di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Menurut garis panduan tersebut dan beberapa garis panduan yang berikutnya, mengenai kaedah-kaedah yang disebut diatas: a) Tiada data-data yang menyokong kaedah-kaedah tersebut yang dapat menurunkan suhu badan dengan efektif kanak-kanak yang sedang demam b) Kaedah-kaedah tersebut akan menyebabkan “vasoconstriction” iaitu salur2 darah mengecut dan menyebabkan suhu badan yang tinggi itu tidak dapat di keluarkan dari badan dan seterusnya akan menyebabkan suhu badan meningkat dengan lebih tinggi c)Ada kemungkinan kaedah-kaedah tersebut akan menurunkan suhu badan pusat (core body temperature) dengan cepat dan badan akan mengaktifkan “reflex shivering”@ menggigil yang mana akan menaikkan suhu badan semula. Kembali semula kepada soalan Puan itu, jika kaedah tersebut dapat menurunkan suhu badan anak Puan, saya cuma menasihati Puan supaya berhati-hati semasa menggunakan kaedah tersebut dan sentiasa memantau keadaan Puan dan bawalah segera Anak Puan jika masih demam dan menunjukkan tanda-tanda bahaya yang telah disebut di dalam artikal yang telah di tulis di atas. Sekian terima kasih.