Question: Hi dr budak,
kakak saya delivered baby boy on june 10th 2014, terdapat bengkakan di belakang kepala baby. sehingga ke hari ini, doctor yang merawat masih belum mengetahui masalah nephew saya. then, saya search sendiri di internet dan menjumpai tentang craniosynostosis. adakah ia sejenis penyakit atau syndrom yang serius? boleh doctor terangkan dengan lebih lanjut tentang craniosynostosis? dan rawatan yang boleh didapati di malaysia.
Really hope to hear your explanation soon.
Thank you.
Answer: Sudahkah membawa berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan? Ini adalah kerana kami boleh menerangkan masalah craniosyostosis tapi itu mungkin bukan masalah yang dihadapi oleh nephew suzy. Adakah bengkak atau tulang kepalanya yang timbul? Dapatkan diagnosis oleh pakar dahulu (bukan doktor biasa) memandangkan kami tidak dapat memeriksa dia. Bengkak selepas lahir mungkin disebabkan oleh proses kelahiran sendiri .