Kecederaan Gigi (Dental Trauma)

Q: Saya hendak tanya mengenai gigi anak saya. Dia berumur 2 tahun. Saya pernah bertanya mengenai gigi brittle dan cara menjaganya. But I need to know more because:

Anak saya jatuh then gigi terlanggar meja. gigi hadapannya pecah. I have problem to bring her to dentist sebab dia takut dengan doctor and for sure dia tak akan buka mulut dan menangis jika berjumpa doktor.

1- Adakah gigi tersebut perlu dicabut?
2- Apa kesan terhadap gigi kekal jika gigi dicabut seawal 2 tahun
3- Ada tak cara lain untuk selamatkan gigi selain cabut gigi tersebut.
4- Anak saya sakit apabila makan.adakah gigi susu bersaraf macam gigi org dewasa.
5- Adakah gigi tu akan mati dan apakah tanda gigi mati.

 

A: Kecederaan pada mulut dan gigi susu (‘dental trauma’) kerap terjadi pada kanak-kanak berusia di antara 2-4 tahun. Pada usia ini kanak-kanak baru pandai berjalan dan belum begitu stabil semasa mereka berdiri atau berjalan. Gigi susu yang paling kerap terlibat dengan kecederaan ini ialah gigi kacip di bahagian rahang atas. Keceraan terhadap gigi susu termasuklah gigi patah (complicated or uncomplicated crown fracture), gigi tersasar daripada posisi asalnya (displacement), gigi tercabut keluar daripada soket (avulsed), gigi termasuk ke dalam rahang (intruded), patah pada bahagian akar (root fracture)

Dental Trauma Guide, 2014 (www.dentaltraumaguide.org)
Dental Trauma Guide, 2014 (www.dentaltraumaguide.org)

Kecederaan pada gigi susu berpotensi untuk menyebabkan gangguan terhadap pembentukan gigi kekal kerana pada waktu ini gigi kekal sedang terbentuk di dalam rahang kanak-kanak berkenaan. Oleh yang demikian, adalah amat digalakkan agar kanak-kanak yang menghadapi kecederaan pada bahagian mulut dan gigi susu dibawa bertemu doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut agar rawatan yang bersesuaian dapat diberikan. Kecederaan pada gigi susu boleh menyebabkan masalah seperti gigi susu bertukar warna menjadi kekuningan, perang, kelabu atau dalam kes yang lebih teruk menjadi kehitaman.

Ia juga boleh mengakibatkan gigi susu berubah posisi daripada kedudukan asalnya (displaced), manakala gigi tercedera yang tidak dirawat akan menyebabkan masalah seperti gigi sensitif atau infeksi dan gusi bengkak. Sekiranya gigi ini tidak dirawat, kesannya mungkin dapat dilihat tidak hanya pada gigi susu, malahan juga pada gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang. Kecederaan pada gigi susu boleh menyebabkan gigi kekal tidak terbentuk dengan sempurna (contohnya hypomineralised atau hypoplasia pada struktur enamel gigi), gigi kekal menjadi bengkok (dilaceration), posisi gigi kekal berubah dan juga boleh mengakibatkan gigi kekal tidak tumbuh pada usia yang sepatutnya.

Berbalik kepada soalan Tuan/Puan,

1. Adakah gigi tersebut perlu dicabut?

Mengikut penerangan yang Tuan/Puan berikan, gigi anak anda mengalami kecederaan di mana gigi tersebut patah. Terdapat beberapa jenis gigi patah iaitu sama ada patah pada bahagian enamel sahaja atau enamel dan dentin tanpa melibatkan saraf gigi (uncomplicated crown fracture) atau kecederaan yang lebih serius di mana bahagian enamel dan dentin patah dan saraf gigi juga terdedah (complicated crown fracture).

Sebelum doktor gigi membuat keputusan sama ada gigi tersebut perlu dicabut atau tidak, pemeriksaan lengkap perlu dilakukan terlebih dahulu termasuklah mendapatkan sejarah perubatan, pergigian dan juga bagaimana kecederaan itu boleh berlaku. Seterusnya, pemeriksaan terhadap gigi dan struktur yang berkaitan dengan gigi yang tercedera seperti gusi perlu dilakukan. Pada kebisaannya, doktor gigi juga akan mengambil x-ray (radiograph) gigi yang terlibat dengan kecederaan tersebut bagi memeriksa keadaan gigi tersebut di dalam rahang dan juga bagi menganalisa gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang. Setelah diagnosis yang betul dibuat, barulah doktor gigi akan berbincang dengan ibu bapa tentang rawatan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

2- Apa kesan terhadap gigi kekal jika gigi dicabut seawal 2 tahun
Gigi susu di bahagian hadapan atas atau lazimnya dipanggil gigi kacip  (central incisor atau lateral incisor) selalunya tanggal pada usia lebih kurang 7-8 tahun dan diganti dengan gigi kacip kekal. Sekiranya gigi ini dicabut terlalu awal, sudah pastilah ada kesannya terhadap ruang untuk gigi kekal tumbuh dan boleh menyebabkan gigi bertindih (dental crowding). Walau bagaimanapun, ingin ditegaskan di sini kesan kehilangan gigi depan terlalu awal tidaklah begitu serius jika dibandingkan dengan kehilangan gigi terlalu awal di bahagian gigi belakang. Tambahan pula, sekiranya gigi susu kacip itu memang sudah rosak dan boleh menyebabkan keceraan atau mengganggu pembentukan gigi kekal di dalam rahang, doktor gigi mungkin perlu mencabut gigi berkenaan setelah berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut.

3- Ada tak cara lain untuk selamatkan gigi selain cabut gigi tersebut?

Sebagaimana yang telah saya terangkan di atas, sebelum doktor gigi membuat keputusan untuk mencabut gigi susu yang patah, pemeriksaan rapi perlu dijalankan. Sekiranya kecederaan tidak begitu serius dan hanya melibatkan patah enamel sahaja atau enamel dan dentin, rawatan tampalan menggunakan tampalan sewarna gigi contohnya composite atau compomer boleh diberikana. Namun, sekiranya kecederaan yang lebih teruk dan melibatkan saraf gigi terdedah, rawatan yang lebih kompleks seperti rawatan akar (pulp therapy) atau cabutan perlu dilakukan. Selain daripada menganalisa jenis kecederaan gigi, doctor gigi juga perlu menganalisa penerimaan kanak-kanak tersebut terhadap rawatan gigi (patient’s cooperation). Perancangan selanjutnya perlu dilakukan untuk menentukan samada rawatan boleh dilakukan secara bius lokal  (local anaesthesia), sedation atau pun secara bius am (general anaesthesia).

4- Anak saya sakit apabila makan. Adakah gigi susu bersaraf macam gigi org dewasa ?

Struktur gigi susu adalah sama seperti gigi kekal di mana ia terdiri daripada lapisan enamel, dentin dan juga pulpa (saraf) (Rujuk gambar)

http://www.enchantedlearning.com/subjects/anatomy/teeth/toothanatomy.shtml
http://www.enchantedlearning.com/subjects/anatomy/teeth/toothanatomy.shtml

Sekiranya kecederaan gigi tersebut menyebabkan pulpa (saraf gigi yang mengandungi salur darah) terdedah, ia boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa sakit terutamanya jika mereka minum air/ makanan yang sejuk atau panas atau semasa menggigit makanan. Kecederaan gigi yang melibatkan saraf, sekiranya dibiarkan tidak dirawat akan mengakibatkan masalah seperti perubahan warna gigi, gigi menjadi mati (necrotic pulp which leads to non-vital tooth) dan juga bengkak gusi yang berdekatan dengan gigi yang tercedera.

5- Adakah gigi tu akan mati dan apakah tanda gigi mati ?

Sebagaimana yang dijelaskan di atas, ada kemungkinan gigi yang tercedera mati sekiranya tidak diberikan rawatan yang sewajarnya dengan segera. Tanda-tanda gigi mati ialah perubahan warna menjadi kuning ,perang, kelabu atau kehitaman; sakit yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas, bengkak pada gusi sekitar gigi yang tercedera dan jika dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan gigi berkenaan menjadi goyang.

Saya ingin menyarankan agar Tuan/Puan segera membawa anak Tuan/Puan berjumpa doktor gigi agar rawatan yang sewajarnya dapat diberikan kepada anak anda kerana kesan kecederaan ini tidak hanya melibatkan gigi susu, tapi juga berisiko menyebabkan masalah pada gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang.

( answered by Dr Noren Nor Hasmun )

____________________________________

noren We are pleased to welcome another prized addition to the growing team of DoktorBudak, she is none other than Dr Noren Nor Hasmun who is a paediatric dentist and senior lecturer at UiTM Shah Alam. She graduated from UKM in 2003 and obtained her master degree (DClinDent in Paediatric Dentistry) from University of Otago, New Zealand in 2011. She was appointed as Head of Centre of Studies for Paediatric Dentistry & Orthodontics from 2011-2013. Her research areas are dental anomalies (especially molar incisor hypomineralisation) and dental caries and its risk factors.


Posted

in

by

Tags:

Comments

13 responses to “Kecederaan Gigi (Dental Trauma)”

  1. syakirah Avatar
    syakirah

    assalamualaikum..
    anak sy umo 4thun.. dlu.. dia pnh jatuh tersembam.. gigi dia tinggal tunggul.. skrg sy bru prasan.. ats gusi bwah bibir ada kuar gigi.. tp menghala naik ats.. dh jmp doc gigi.. doc suggest utk tggu umo ank sy 5@6 thun untuk cabut gigi tunggul 2.. nk tnya.. gigi kekal dia ok ke.. ada risiko utk jd jongang x?

    1. Dr Noren Nor Hasmun Avatar

      Waalaikumussalam Pn Syakirah,

      Berkenaan gigi yang tumbuh ke atas, adakah gigi kekal yg tumbuh ke atas atau akar gigi susu yg telah menembusi gusi (root fenestration) kerana terdapat jangkitan di akar tunggul gigi susu berkenaan?Gigi kacip kekal biasanya hanya akan mula tumbuh apabila kanak-kanak berusia kira-kira 7 tahun. Adakah Puan sempat bertanya dengan doktor gigi yang memeriksa gigi anak Puan mengapa cabutan itu dilambatkan dan tidak dicabut segera.Saya berpendapat sekiranya tunggul itu punca jangkitan dan tidak lagi berfungsi, tiada gunanya untuk menyimpan tunggul berkenaan dan boleh menyebabkan jangkitan berpanjangan (chronic infection) yang boleh mengganggu pembentukan gigi kekal di dalam rahang. Berkenaan gigi kekal, saya tidak boleh memberikan jawapan pasti samada gigi anak Puan akan jongang atau tidak. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam artikel di atas, impak kecederaan pada gigi susu boleh menyebabkan kedudukan gigi kekal berubah daripada kedudukan yang sepatutnya (displacement) dan ini sedikit-sebanyak boleh menyebabkan masalah ortodontik, tidak semestinya jongang sahaja. Ingin saya nyatakan juga bahawa masalah jongang juga boleh diwarisi di dalam keluarga bukan hanya kerana kecederaan gigi. Terima kasih.

  2. BB Avatar
    BB

    Slm doctor..Anak sy brusia 1 thn 7 bln skrg ni.Mslh sy anak sy jatuh tsembam ke lantai.Bla sy periksa,gigi bwh tu berdarah.Sy x pasti ada goyang @ x sbb anak x nak d sentuh gigi yg bdarah tu.Tp rasanya x goyang bla tgo struktur gigi tu.Ada apa2 kesan tak doctor jika dbiarkan?Adakah esok lusa darah d gigi tu akan hilang dgn sdiri @ mcmana..?

    1. Dr Noren Nor Hasmun Avatar
      Dr Noren Nor Hasmun

      Tuan/Puan,

      Sebarang kecederaan yang melibatkan gigi dan mulut diklasifikasikan sebagai kes kecemasan dan hendaklah diperiksa oleh doktor gigi bagi memastikan tahap kecederaan yang dialami, diagnosis serta rawatan yang diperlukan untuk anak anda. Jadi, saya cadangkan bawalah anak anda bertemu doktor gigi dengan SEGERA untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang bersesuaian untuk anak anda. Kebiasaannya kecederaan akibat tersembam ke lantai boleh mencederakan gigi tersebut sama ada patah pada korona gigi,kecederaan kepada struktur penyokong gigi seperti gusi atau gigi juga mungkin termasuk ke dalam rahang (intrusion). Gigi yang berdarah mungkin kerana kecederaan pada gusi atau kecederaan pada saraf gigi. Sebagaimana yang saya maklumkan di atas, hanya selepas melihat sendiri kecederaan yang dialami oleh anda anda, barulah diagnosis yang tepat dapat diberikan. Kecederaan pada gigi tidak sepatutnya dibiarkan tanpa dirawat kerana sekiranya gigi tersebut patah, ia membuka ruang untuk kuman menjangkiti saraf gigi dan kemudiannya boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan bengkak gusi (dental abscess).

      -Dr Noren-

  3. puan nur Avatar
    puan nur

    Slm dr.semasa berusia 2 thn,gigi atas bahagian depan ank sy tlh tercabut bersama tunjangnya akibat terlanggar kerusi.sekarang dia sudah berusia 6 thn,adakah giginya masih boleh tumbuh lg?

    1. Dr Noren Nor Hasmun Avatar
      Dr Noren Nor Hasmun

      Salam Puan,

      Seperti yang dinyatakan di dalam artikel di atas, impak kecederaan pada gigi susu boleh memberikan kesan terhadap pembentukan dan pertumbuhan gigi kekal termasuklah gigi kekal menjadi bengkok (dilaceration) dan posisi gigi kekal tersasar daripada tempat sepatutnya yang akhirnya mengakibatkan gigi kekal tidak dapat tumbuh atau tumbuh lewat daripada kebiasaannya. Secara umumnya, gigi kacip kekal (permanent central incisor) tumbuh pada usia sekitar 7-8 tahun. Sekiranya, Puan risau gigi berkenaan tidak dapat tumbuh kesan daripada kecederaan gigi susu, Puan boleh membawa anak Puan bertemu doktor gigi agar pemeriksaan lanjut termasuk radiograf dapat diambil bagi mengenalpasti kedudukan dan perkembangan pertumbuhan gigi kekal berkenaan. Terima kasih.

      -Dr Noren-

  4. Noraini bt muskan Avatar
    Noraini bt muskan

    as’salam dokter..ank sye brumur 6 thun..gigi kacip rahang ats telah bgoyang kedua-dua ya skali,dn sye dapati gusi sbelah ats bengkak seakan gigi baru nk kluar..adakah sye patut bwk ank ke klinik utk cabut gigi yg brgoyang tu..dn bgaimne gigi yg mcm nk kluar tu…adakn ia akn tumbuh sperti sdiakala..tq

    1. Dr Noren Avatar
      Dr Noren

      Wa’alaikumussalam Pn Noraini,

      Adalah normal bagi gigi susu kacip untuk mula bergoyang pada usia sekitar 6-7 tahun bagi memberikan ruang untuk gigi kekal untuk tumbuh. Kebiasaannya, apabila gigi susu sudah mula bergoyang, akar gigi susu itu mula reput (resorption) di dalam rahang dan gigi kekal pula mula bergerak ke atas rahang untuk menggantikan gigi susu tersebut. Sekiranya gigi susu tidak tanggal atau dicabut sebelum gigi kekal tumbuh, ada kemungkinan gigi kekal yang tumbuh akan berlapis kerana tiada ruang yang cukup untuk gigi berkenaan tumbuh. Puan ada pilihan sama ada membawa anak Puan ke klinik gigi untuk mencabut gigi susu berkenaan atau menunggu gigi susu itu untuk tanggal sendiri secara natural dan ini mungkin mengambil sedikit masa berbanding cabutan di klinik kerana akar gigi susu ini akan mereput perlahan-lahan di dalam rahang sehinggalah ia tanggal sendiri. Cabutan gigi susu di klinik gigi juga biasanya tidak menyakitkan kerana ia sudah goyang. Berkenaan gigi kekal yang akan tumbuh, ia akan tumbuh seperti biasa dan kedudukannya di belakang (palatal) gigi susu. setelah gigi susu tanggal, gigi kekal akan bergerak perlahan-lahan ke kedudukan yang sepatutnya di dalam rahang. Terima kasih.

      -Dr Noren-

  5. Maisyarah Avatar
    Maisyarah

    Dr, anak perempuan sy bulan 4 ni berumur 4 thn. Baru-baru ni dia bergurau dgn adik dia. Gigi dia trhantuk dgn kelapa si adik. Gigi depan atas berdarah dan saya perasan gigi tu dh goyang. Sy tidak pasti sama ada gigi yg brgoyang tu kera cedera ataupon kebetulan mmg dh goyang. Adakah perlu sy cabut gigi tu? Dia kata sakit bila sy sntuh gigi tu tp bila dibiarkan dia okay je. Cuma sy risau sekiranya ia akan mengganggu pertumbuhan gigi dia. Apa yg perlu sy lakukan? Adakah normal gigi susu bergoyang di usia 4 tahun.

    1. Dr Noren Nor Hasmun Avatar
      Dr Noren Nor Hasmun

      Pn Maisyarah, berdasarkan penerangan tentang simptom yang dialami oleh anak Puan, gigi yang tercedera itu telah pun mengalami jangkitan dan menyebabkannya sakit apabila dikenakan sedikit tekanan seperti sentuhan dan juga mula bergoyang. Saya ingin menyarankan agar Puan segera membawa anak Puan untuk pemeriksaan dengan doktor gigi bagi merawat gigi yang tercedera itu. Antara pilihan rawatan yang boleh diberikan ialah rawatan akar (pulpectomy) atau cabutan, berganting kepada keadaan akar gigi berkenaan. Kebiasaannya doktor gigi akan melakukan pemeriksaan di dalam mulut dan radiografi sebelum membuat rawatan yang bersesuaian.
      Berkaitan gigi bergoyang, gigi susu pertama yang mula bergoyang dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 7 tahun, bukannya seawal usia 4 tahun. Namun, keadaan seperti jangkitan pada gigi dan gusi boleh menyebabkan gigi susu menjadi goyang lebih awal. Perlu ditekankan bahawa jangkitan pada gigi susu boleh menyebabkan gangguan dalam pertumbuhan gigi kekal yang masih terbentuk di dalam rahang kanak-kanak berkenaan. Oleh itu, sila dapatkan rawatan secepat mungkin.

      -Dr Noren-

  6. Dr Noren Hasmun Avatar
    Dr Noren Hasmun

    *comment notification system*

  7. Jani Avatar

    What’s up to every body, it’s my first pay a visit of this web site; this blog contains remarkable and truly fine information designed for visitors.

  8. home made Avatar

    I like the valuable info you provide in your articles. I’ll bookmark your weblog and check again here frequently. I am quite certain I will learn a lot of new stuff right here! Good luck for the next!