[Q&A] Masalah komunikasi

Question: Hi doktor, anak perempuan sy berusia 5 thn. Sejak hari pertama di tadika hingga kini dia tidak mahu berkomunikasi dengan guru. Dengan kawan-kawan pula, dia hanya akan bermain atau bercakap semasa ketiadaan guru di sekeliling. Untuk pengetahuan doktor, anak sy memang sukar bercakap atau bergaul dengan orang asing, tetapi jika telah lama bersama dengan orang itu dia akan mesra. Hal ini tidak berlaku di antara anak dengan gurunya. Setelah ditanya mengapa dia berdiam diri di sekolah, dia memberitahu sy yang gurunya garang dan dia bimbang dimarahi guru kerana bercakap. Perkara ini amat membimbangkan sy kerana sy lihat anak sy agak ketinggalan dalam pelajaran. Menurut gurunya, jika guru menyoal atau suruh membaca di dalam kelas pun dia tidak akan buka mulut. Adakah sy perlu tukar anak sy ke sekolah lain?

Answer: Adalah biasa apabila kanak-kanak mengambil masa untuk rapat dengan seseorang, Tetapi jika dia mampu bergaul dengan kawan-kawan tetapi tidak langsung dengan gurunya untuk sangat lama,, saya cadangkan puan pergi ke sekolah untuk memerhati sendiri, atau bertanya dengan cikgu lain. Sekiranya anak sangat takut atau tidak suka dengan orang dewasa, perlu kita pertimbangkan sama ada apa-apa masalah, dengan orang itu. Lagi satu perkara, ini masih peringkat tadika, oleh itu mungkin baik juga sekiranya tukar ke tadika lain yang mempunyai suasana yang lebih baik.


Posted

in

by

Tags: